June 14, 2010

CUTI SEKOLAH DATANG LAGI….


Teringat zaman sekolah ku dolu-dolu. Bila tiba je cuti sekolah, tak sah kalau tak jerit YEAHOO!! YABEDABEDU!!!! Bestnya haiii dapat bercuti. Tak kisah lah sepanjang cuti tu nanti aku cuma duk kat rumah je. Yang penting aku ‘bercuti’ dari mengadap buku, bercuti dari mendengar sora cikgu. Yang paling best bagi aku tak payah bangun awal pagi. YESSS!!!!  Ikut suka aku nak bangun kol berapa. Dapat tengok TV dari pagi sampai petang tu pun dah satu rahmat bagi aku. Best sesangatttt rasanya isk, isk, isk….

Itu kisah dulu-dulu. Berbeza pulak dengan sekarang ni. Bila anak-anak bercuti mula lah aku jadi kalut. Alamak!! Apa pulak aktiviti untuk anak-anak ku kali ni?? Nak buat apa? Nak ke mana cuti ni?? Issshh…Kesian pulak bila nak tinggalkan anak-anak kat nursery sepanjang cuti tu nanti. Kalau cuti seminggu tu boleh ler tahan lagi. But, if more than that?? Boleh ku bayangkan betapa bosannya derang nanti…
Tapi nak buat macam mana kan? Itu antara pilihan yang ada. Nak ku tinggal kan kat rumah lagi ler tak sesuai. Bukannya ada sesapa pun kat rumah. Si abang pun semenjak dua menjak dah pandai komplen sebab takde kawan sebaya di nursery. Yer lah... faham. Kengkawan semua dah pergi bercuti. Ada yang balik kampung. Yang tinggal pun 3-4 orang aje. Semuanya pun baya-baya si adik je. Nak di ajak main dam haji pun belum cukup umur  ehehe
Nak ku hantar balik kampung, aduhaii bukannya dekat pulak tu. Maklum ler kampung  ai  ni‘over the sea’  youu...AHAKSS!!. Sekali-sekala tu boleh ler.  Bila dah ‘berkali-berkala’ tu kena lah cari alternatif lain.. yer tak? Tak pepasal karang bolos pulak dinding ATM tu kalu ku ’gerudi’ selalu ha ha ha. ... Nak cari aktiviti lain tu yang berat sikit tu. Kena lah sesuaikan dengan masa ku dan hubby. Kalau boleh, biarlah sama-sama kami bercuti, baru ler.....the more is the meriah.
Dengan izinNya, cuti sekolah kali ni aku dan anak-anak dapat jugak balik kampung seminggu. Alhamdulillah, syukur sesangat.  Aku dan anak-anak je yang balik.  Hubby tak leh nak join sama. Takpelah, janji anak-anak gembira dapat jumpa atuk, nenek, moyang, maksu, pak teh,  mak uda, sedara-mara yang ada...
Di sebabkan sibuk bercuti lah aku tak sempat nak mengemas blogs ni. Hampir-hampir nak ku ‘sewa’ kan aje. Bukan apa, ...boleh jugak tolong bersihkan sawang yang ada ni kan? ha ha ha ha…takde ler jadi gua pulak nanti. Anyway, citer  pasal  cuti aku dan anak-anak akan di updatekan di entry lain. Itupun kalau tahap kerajinan ku  nanti cukup tinggi lah...setakat ni lah dulu.  ADIOS!!

June 3, 2010

Sayangnya Allah pada Wanita

Kita kerap dengar ungkapan  mahupun pun keluhan kononnya  - wanita itu kaum yang lemah. Wanita mangsa untuk ditindas. Malahan ada yang tak sayang mulut mengatakan 'staf perempuan ni menyusahkan aje'. Aduhai empunya mulut! Tidakkah anda sedar, setiap kejadian Allah itu ada kelebihannya. Terimalah seadanya. Bagi wanita, bersyukurlah kerana kita diciptakanNya menjadi wanita. Bila sentuh isu wanita ni, rasa terpanggil untuk kongsi emel sorang kawan untuk kita renungkan bersama. 
Betapa sayangnya ALLAH pada kita,
Maka DiciptakanNYA ....
LELAKI 
Betapa beratnya menjadi seorang lelaki?   
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya. 
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh.
    
BERATKAN ??  
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak. Perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN ??   
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izinnya. 
 
Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat denganberatnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu.
    
WANITA    
1. Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.  
2. Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya.    
3. Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.   
4. Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki. 
5. Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak. 
6. Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya (taat kepada ibunya).    
7. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.    
8. Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki. 
Pernahkah kita lihat sebaliknya?    
  • Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiarbersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita.   
  • Wanita perlu taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya. Bukankah ibu adalah seorang wanita?     
  • Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan anak-anak.      
  • Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).     
  • Di akhirat kelak,seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.  Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya. 
  •  Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat sahaja: Sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.  
  • Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.    
MasyaALLAH
Sayangnya ALLAH pada WANITA 

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails