October 11, 2010

Room Cleaning


Hai, hai, hai....allooooo, satu lagi entry!!! Ha ha ha vitamin ‘R’ terlebih dos hari ni ahakss!! Hari ni plannya nak bersihkan bilik dorm ni sebab Jumaat nanti dah kena check-out. Peraturan dorm kat sini mmg mcm tu, sebelum check out penginapnya kena bersihkan bilik masing2.  Kira oklah jugak, bukan kerja susah pun, kan? Kerja ennntengg je tu!!. Bahagian2 tertentu je yang kena bersihkan betul2, kalau nak bersihkan satu bilik pun apa salahnya, anggap je eksesais eheheheh lagipun biliknya kecik aje...
Sooo....dgn bersemangat wajanya, selepas subuh aku gi ‘kidnap’ vacum kat bilik laundry ehehe pastu aku bukak Sinar FM Capsules kuat-kuat, bagi boost up semangat nak ganyang satu bilik ni. Kalau ikutkan senarai yang incik manager  dorm ni bagi, kitaorang kena bersihkan:
1)  Dapur
~ perangkap minyak pada hood
~ alas/plate pada induction heater
~ sekeliling sinki dan perangkap sisanya
~ tempat penyimpanan pinggan mangkuk dan cabinet
~ petiais
2)  Ruang tamu
           ~ perangkap habuk pada air conditioner
           ~ pastikan lain-lain alat dalam keadaan asal
3)  Sampah
          ~ sampah di asingkan mengikut kategori boleh bakar dan tidak boleh bakar 


Ellehhh senang je tu....cheeewah berlagaknya oshanira!!!! Ya ampunnn!!! Hihihi gurau je yerkk. Apa2 pun, aku dah set appointment dgn incik manager ni. Dia akan datang periksa bilik malam Rabu nanti. Oklah kengkawan, minta diri dulu ye. Nak kena mulakan aktiviti ‘ganyang’ bilik ni.  Nanti kita jumpa lagi, bye!!

Jemput makan yerr...


Salam pagi Isnin semua, dah sarapan? Makan apa pagi ni? Biasanya bila kat rumah, saya akan minum secawan kopi je sambil2 siapkan anak2 sebelum keluar rumah. Kalau nak makan apa-apa kena tunggu break jam 10 nanti. Rasa cam tak sempat ler nak duduk bersarapan pepagi ni... weekend je baru ler dapat nak sarapan bersama keluarga.

Since saya kat sini masih bercuti, so ada banyak masa ler untuk prepare sarapan pagi ni ehehe. Pepagi lagi dah menggoreng bihun. Dah lama nar tak makan bihun goreng ni tau....buka mata je tadi dah terbayang2 bihun goreng ha ha ha...kemaruk tekak ni nak makan bihun. Kes blogs walking malam tadi ler. Ada pulak yg post kan gambar bihun goreng mengancam. Selama ni bukan tak boleh buat pun... tapi vitamin ‘M’ tu yg byk sangat!! Ni pun bersungguh ler buat sbb nak habiskan stok sotong dan sayur dalam petiais (alasan je  tu ehehe sebenarnya mmg nak makan pun... ssyyyy).  Oklah kawan-kawan, jemput makan yer...Bismillahirrohmannirrahim!!!

October 10, 2010

~ With Hijab Vs Without Hijab ~

Salam semua. Ohaiyou gozaimasu!! Tetiba pagi ni rasa nak share sesuatu dgn uolls. Sesuatu yg kita boleh renungkan bersama. Dah lama sebenarnya saya terima emel ni dari sorg kawan. Citernya biasa2 je tapi sgt menarik (bagi saya lerr). Salah satu puncanya... mungkin karakter dlm emel tu org yg saya kenal since kanak2 lagi. Lagenda sukan boxing dunia...eerr tapi bukan sbb saya peminat sukan boxing tau!! Ni kes ter’minat’ je ni sbb kecik2 dulu selalu temankan ayah tengok TV sambil2 siapkan homework, boleh gitu?? ehehe…sapa orangnya??? Let’s check it out yea….
  
Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters
The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them. He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source:
Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Saya suka sesgt story ni. Jawapan yg sgt2 mudah dan jelas. Kdg2 saya sendiri pun terasa  susah nak terangkan bila di tanya ttg hijab ni. Silap penjelasan, lagi ssh orang tu nak faham nanti, kan? Apa2 pun semua ni pengalaman. Pengalaman mengajar kita jadi lebih matang. Oklah uolls, till my next n3. Selamat cuti di hujung minggu. Wassalam

~Happy Birthday to My Beloved Libran..~


To my other half...
On this wonderful day,
a star of pure love
appeared to be my gift (but no cake yea, so sorry)
my present and my future.
I am very thankful for all the joys
you bring into my life.
HAPPY BIRTHDAY ABANG !!!

October 9, 2010

~ Bila Dah Bosan...~


Cakkk!!! ehehe jumpa lagi kita. Camne uolls? sehat?  Tapi rasa cam tak lengkap plak kan, bila masuk tak bagi salam ni. Main cakk, cakkk plak. Oklah, Assalammua’alaikum semua!! Haaa baru betul….(tapi ku rasa cam DJ radio lah pulak) hahaha apa-apa je lah oshanira...

Lamanyaa ku tak berblogging.  Kemalasan nak menulis tu melanda. Hari ni ku jadi rajin sikit, (sikit je lah ehehe). Pepagi lagi dah blog walking. Rajin ni pun bersebab uolls. La ni tengah bercuti panjang, direct 4 hari....dari Jumaat sampai Isnin, adooyaii mati kutu!! Baru masuk hari kedua ni dah tak tau nak buat apa. Ada 2 1/2 hari lagi nak ku tempuhi (chewahh...jgn memain, bahasa jiwa bangsa tu!!).Nak jalan2 cuaca plak tak mengizinkan. Nampaknya aktiviti ‘menternak’ badan lerrr jawabnya. Tidur, bertenet, makan, ulang lagiii....tidur, bertenet, makan ha ha ha ha sila jangan tiru aksi ini! dirumah!!Sepanjang 3 bulan aku kat sini, rasenya dah 2-3 kali jgk ler tempuh cuti panjang cam ni , straight 3-4 hari cuti. Best tu, ..best ler jgk...dah namanya cuti kan? Tapi lebih seronok lah kalau tgh bercuti mcm ni aku plak kat Malaysia, hhmm mcm2 aktiviti boleh wat dgn anak2 kan? Adoyaaiiii bosan nyerr aku.....
Kebiasaannya, bila aku dah terrrrsangat lah bosannya, aku akan...

~ main computer game ~ tak kira lerr game apa….kdg2 tu kids game pun aku layan ehehe

~ tonton movie ~ dari citer kartun sampai ke citer perang, yang dh ulang-tonton pun ku layann…buat2 tak ingat ending nya wakakakaka...

~ masak ~ mula lah nak mencuba resipi yg tak pernah ku cuba. Sendiri masak, sendiri ler yg ngappp....tu yang jadi masalah ‘besar’ tu!

~ housekeeping ~ segala benda kalau boleh ku nak bersihkan...bilik,  toilet, dapur, laman rumah sampaikan kereta pun aku cuci wakakaka….(ini apply kat rumah sendiri je)

~ blogs walking ~  aktiviti baru, semenjak- dua menjak kenal dunia blogging ni … dan yang paling best sekali…cari tempat yang selesa dan zzZZZzzzz….ha ha ha apa lagi jom lerr kita
TIDURRR
Sebenarnya banyak lagi, itu hanya top listed aktiviti ku je ehehe
oklah uollss, nanti kita jumpa lagi. Wassalam
Image and video hosting by TinyPic


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails