Selasa
14 Ogos 2012 bersamaan 25 Ramadhan 1433H, tepat jam 10.20 malam menerima perkhabaran nenek tercinta (ibu kepada
ayahanda ku) yang sakit tua sekian lama telah pergi buat selamanya sejam yang lalu…innalillahiwainnailaihirrojiun.
Ternyata
Allah lebih menyayangi mu nenek. DijemputNya tatkala ahli keluarga (adik
beradik ayah seramai 10 orang) merancang untuk
menyambut lebaran bersama arwah di kampung Narum, Marudi Sarawak. Mati itu
pasti, setiap jiwa yang bernyawa pasti menempuh kematian. Kita sebagai hambaNya hanya mampu merancang, namun Allah yang menentukan segalanya.
Nek
Timat … Onie doakan nenek tenang di sana di samping arwah atuk@Nek Nying
tercinta. Semoga roh mu nenek sentiasa di cucuri rahmati
Allah, diterima segala amal ibadah dan di tempatkan di kalangan
orang-orang yang beriman.
Amin
Ya Rabal Alamin
Al
Fatihah….
p/s: bapak… sampaikan ciuman onie sekeluarga untuk jasad nenek buat kali
terakhir ye.. :’(