Sedar
tak sedar dah masuk hari ke-4 kita berpuasa ye? Alhamdulillah... masih dikurniakan kesihatan untuk berpuasa di Ramadhan Al Mubarak kali ni. Memang dah planned
nak masukkan entri sehari sebelum Ramadhan. Tapi oleh kerana sibuk dan ditambah
pula dengan kemalasan menulis yang melanda. Makanya ....hah, baru lah
berpeluang nak memblog hari ni.
Rasanya belum terlambat lagi kot, untuk
ucapkan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa pada semua rakan-rakan,
saudara-saudari sesama Islam yang singgah mahupun terrrsinggah di blog oshanira ni. Semoga ibadah
kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih sempurna dari yang sebelumnya, Aminnn Ya Rabal Alamin.
Hhhmmmm bila dah singgah tu, sudi-sudilah bagi komen ye?
“Andai
semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT lah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah
DOSA maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka
RAMADHAN lah pembersihnya”
p/s: iftar di mana ?
No comments:
Post a Comment