July 26, 2012

~Sketsa Ramadhan I: Gatal puasa?~

Balik sekolah…
ADIK  : hausnyaaa.... adik haus ni ma (sambil berlari ke dapur buka petiais), boleh tak adik minum sikit?
MAMA: Eeehh mana boleh. Adik kan puasa. Kejap lagi la. Sabar ye?
ADIK  : Isshhhh……adik haus niii, tak tahan la ma...lambat nya nak petang (merungut)
ABANG: (baring depan TV) ppssssttt adik, ooo dik. Adik lapar ke? Makan jeee... (sengih mengusik)
ADIK  : Eeeeeeiiiii.....mana boleh makan. Orang puasa tak boleh makan kan ma?....nanti  GATAL puasa adik!! 

p/s: senyum itu sedekah :)

July 24, 2012

~Projek Samosa~


bukan samosa ku cuma ehsan google
Pssttt, ssyyhhhh …nak buat confession ni huhuhu sebenar-benarnya kan, sepanjang usia ‘remaja-dewasa’ aku ni, tak pernah buat samosa lagi tau!! Diulangi TAK PERNAH!! Selama ni ku tau makan samosa je, teruk tak? Maluuuuu…..punya lah mudah samosa tu, main lipat2 je….tapi tak pernah nak cuba sehingga lah iftar petang semalam. Sehari sebelum incik hubby mengadu, dia tak dapat nak beli samosa kat bazar Ramadhan BBB. Gerai dia biasa pegi tu dah tutup hhmmm, rasa kesian la pulak. Kot la dia teringin nak makan kan? So, seperti biasa terus ‘contact’ pakcik google, wira penyelamat dalam membekalkan resipi hahaha…godek punya godek ....lerrr mudah je rupanya buat samosa ni, haihh menyesal tak buat selama ni. 

Apa yang perlu ada cuma: Kulit popia (saiz besar), inti samosa dan gam tepung (bancuhan 1sb tepung dan sedikit air).

gam tepung...bukan gam gajah :P
Inti Samosa versi Oshanira (macam inti karipap)
2 biji kentang sederhana (potong dadu, rebus sehingga lembut)
100g ayam/daging kisar
inti yang dah tinggal separuh
Sedikit karot –kalau suka (potong dadu)
2 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 biji bawang besar (potong dadu)
1 sb serbuk kari + 1/2sb serbuk kurma (jadikan pes)
1 st sos tiram
½ st garam
½ st gula
Sedikit air
Daun bawang
Daun kari
2 sb minyak

Tumiskan bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. Masukkan bawang besar  bersama daun kari , tumis sehingga layu. Lepas tu, masukkan rempah kari dan air, tumis sehingga pecah minyak. Masukkan daging/ayam kisar dan karot. Bila dah hampir masak, masukkan sos tiram, gula dan garam sebagai penambah rasa. Last sekali masukkan kentang dan daun bawang, gaul sebati.Tutup api, biarkan seketika (perghh bahasa jiwa bangsa heh)

comotnya heroin citer ni :P
Hhmm bab lipat melipat ni agak mencabar juga la for a first timer cam aku ni. Keras kejung juga urat-urat jari ni plus urat tengkuk sebab nak concentrate melipat tu hahahahaha tapi sebelum tu ku dah wat kajian ewaaahh research tuuu, uolls jgn main2 tau HAHAHAHAHA….ku google sana, google sini ...akhirnya ku jumpa blog brother Rozzan ni. Alhamdulillah, dia siap tunjuk cara melipat samosa step-by-step lagi. Suka sangattt, besar pahala org yang sudi berkongsi ilmu macam ni. Pada yang nak belajar melipat samosa tu boleh la singgah blog abg Rozzan tu DI SINI nanti. Kat page tu juga ada resipi samosa versi abg rozzan nampak sedap dan mewah sungguh intinya.

Lepas lipat-lipat tu, aikkk nape samosa aku ni kerempeng je? Macam tak cukup vitamin kan hahahahaha itu lah tandanya belum mahir lagi nak isi inti bagi nampak samosa tu ‘boroi’ ehehehe dah namanya pun first timer, kena lah belajar dari pengalaman.  Takpe....akan ku ulang buat bagi sampai mahir bak kata omputih ‘practice makes perfect’, Insha-Allah.....


p/s: berkenan benar anak dara oshanira dengan biskut Ombak Rindu, hhhmmm nak buat ke, 
nak tunjuk-tunjuk je nanti ? hhmm nak cari ilham jap :P

~Ahlan Wa Sahlan Ya Ramadhan~


Sedar tak sedar dah masuk hari ke-4 kita berpuasa ye? Alhamdulillah...  masih dikurniakan kesihatan untuk berpuasa di Ramadhan Al Mubarak kali ni. Memang dah planned nak masukkan entri sehari sebelum Ramadhan. Tapi oleh kerana sibuk dan ditambah pula dengan kemalasan menulis yang melanda. Makanya ....hah, baru lah berpeluang nak memblog hari ni. 

Rasanya belum terlambat lagi kot, untuk ucapkan Selamat  Menjalani Ibadah Berpuasa pada semua rakan-rakan, saudara-saudari sesama Islam yang singgah mahupun terrrsinggah di blog oshanira ni. Semoga ibadah kita di bulan Ramadhan kali ini lebih baik dan lebih sempurna dari yang sebelumnya, Aminnn Ya Rabal Alamin. Hhhmmmm bila dah singgah tu, sudi-sudilah bagi komen ye? 


“Andai semua HARTA adalah RACUN, maka ZAKAT lah penawarnya. Jika seluruh UMUR adalah DOSA maka TAQWA dan TAUBAT lah ubatnya, jika semua BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pembersihnya”

p/s: iftar di mana ?

Image and video hosting by TinyPic

July 12, 2012

~ Pokok bendiku dah berbuah! ~

Yeaaa.....akhirnya!  Dah lama menunggu, berbuah juga pokok bendi ni. Nampak tak tu, tuu kacang-kacang bendi yang malu-malu 'menonjolkan' diri ehehehehhe


Dah lebih 2 bulan rasanya aku tanam ni. Hasil semaian anak benih yang dibeli kat pasaraya. Alaaa anak benih yang derang gantung kat rak-rak tu je, murah RM2/paket. Sebelum tu pernah cuba-jaya semai anak benih dari buah bendi yang aku beli nak buat ulam, tapi gagal. Dalam 2 minggu le juga aku dok siram tanah aje, anak pokok langsung tak muncul-muncul. Lepas tu cuba-jaya pulak semai dengan anak benih segera. Ni lah hasilnya....

Mulanya aku semai dalam paper cups je. Macam main masak-masak, lepas dah tumbuh 4-5 helai daun, baru aku pindahkan ke pasu yang lebih besar. Part ni sedih sikit nak citer. Dari 12 biji benih yang disemai,  8 yang survived jadi anak pokok. Tapi yang dipindahkan cuma 6 anak pokok je (kes kehabisan pasu dan malas nak beli yang lain). Dan, daripada jumlah tu cuma 3 pokok je semakin membesar, yang lagi 3 pokok tu haihhh malas la nak citer. Ingatkan tak menjadi ....rupa-rupanya ada juga hasil percubaan kali nih. Excited nya aku..... now menunggu bendi sulung nih untuk di tuai hahahahahaha

p/s: pejam celik,tidur bangun, sedar tak sedar lagi seminggu nak sambut  Ramadhan...puasa dah habis ganti?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails