January 27, 2012

~ Petua Untuk Batuk Lelah ~

Bagi pesakit lelah/asma, masalah utamanya adalah kesukaran untuk bernafas, kerana otot bronkiol di dalam paru-paru mengejang menyebabkan saluran pernafasan mengecil lalu menghalang pernafasan. Kesan daripada itu maka terhasillah bunyi pernafasan bersiul. Siulan itu bukannya dari mulut, tapi dari saluran pernafasan yang telah menjadi sempit. 

Penyakit lelah memang tidak boleh diubati. Tapi bagi kanak-kanak kebiasaannya mereka akan sembuh dengan sendiri bila usia semakin meningkat. Orang dewasa pula yang baru menghidap lelah berkemungkinan besar akan kekal menghidapinya. Walaupun tidak boleh diubati, namun ada pelbagai ubat-ubatan dan kaedah perubatan (antaranya nebuliser) untuk melegakan serangan lelah. Petua tradisional pun banyakkk... asalkan rajin mengamalkannya. Keberkesanannya mengikut keserasian masing-masing. 
Anak-anak saya penghidap lelah sederhana dan sehingga sekarang masih terkawal. Dalam pada tu, pernah juga yang sulung sampai 'berkampung' di wad kerana serangan lelah ni.  Kesian bila tengok anak menggigil-gigil kesan ubat batuk lelah dan nebuliser yang diberi.  Sebab itu lah, kalau serangan lelah tu masih bole dikawal, saya prefer guna kaedah lain selain ubat-ubatan. Salah satu petua yang paaaling serasi pada anak-anak saya  adalah kombinasi sapuan vicks vaporub (iklan free la pulak yer isshhh :P:P) dan stokin. Saaangaat murah dan mudah kan? Caranya, sapukan vicks (seperti menyapu losyen) di keseluruhan tapak kaki, selepas tu sarungkan stokin . Lagi tebal material stokin  lagi bagus. Kebiasaannya dalam beberapa minit aje akan lega lah batuk-batuk  dan semputnya. Saya akan buat setiap kali lepas mandi, dan juga sebelum tidur sehingga lelah anak betul-betul reda. Di samping tu, stop lah untuk sementara waktu dari memberi makanan dan minuman yang sejuk, INSHA-ALLAH...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails