Alhamdulillah Wa Syukurillah.... hari ini, secara rasminya aku dah tak ‘berhutang’ lagi dah dengan Majlis Amanah Rakyat. I am partially debt free now ehehehe (baca: partially) je tau!! Belum totally debt free lagi. Masih ada hutang-hutang lain yang dalam proses bayar balik: car loan, house loan... Actually, hutang pinjaman pelajaran MARA ni dah berusia lebih 15 tahun lamanya. Proses bayaran balik bermula selepas aku menerima ijazah tahun 1996. Dan sekarang ni, dah pun masuk 2012. Kan dah lama tu??? Kalau ikutkan Jadual Bayar Balik (JBB), aku sepatutnya kena lunaskan semua pada Julai 2011. Cuma, atas sebab-sebab tertentu aku dah terlewat beberapa bulan.Kiranya aku ni peminjam yang baik lah kan ?? .....rekod ai bersih tau!! ehehe
Kebiasaannya aku bayar penuh ikut JBB yang ditetapkan tapi bila keadaan mendesak terpaksa lah juga pending sesekali, terutama bila ‘bulan gelap’ ehehehe ...al maklum je lerr, bila gaji naik, harga barang pun turut naik. Alangkan ekonomi negara pun ada pasang surutnya, ini kan pulak ekonomi aku yang ala-ala je ni :P:P Berhempas pulas juga nak menyelesaikan hutang, mujur lah study loan MARA ni takde interest macam yang lain. Kalau takk... jenuh juga ler nak kena bayar sekali ‘bunga’ tunggakannya.
Pinjaman asal berjumlah lebih RM160K, bak kata nenek, "dah nak sama dengan harga sebuah rumah tu, cu!!" Aduiihh nekk.. naik juling rasanya bila tengok amaun kena bayar balik tu. Tapi kan, dah adatnya kita berhutang, banyak ke sikit ke, bayar tetap wajib bayar. Selepas diluluskan permohonan conversion, aku hanya perlu bayar 25% aje dari jumlah keseluruhan. Alhamdulillah...that's a relief! Memang banyak betul pengurangannya...terima kasih MARA. So, hari ini tanggungjawab aku sebagai peminjam dan juga penghutang telah pun dilunaskan.