Assalammua’alaikum dan selamat pagi semua!! Hari ini hari apa??? HARI ISNIN cikguuuu!! Yerrr betulll!! Aduyaii terasa ‘berat’nya diri nak mulakan hari ni, monday blues dah melandaa. Kenapa lah hari ni Isnin kan? Kenapa ler bukan Sabtu ke, Ahad ke? Eerrkkkk?? Boleh ke gitu??? ehehe macam bebudak jer kan? tapi itu ler luahan hati masing2. Dah namanya putaran masa, nak tak nak, suka tak suka, kita kena terima jugak. Yang penting kita tak perlu tensen. Buatlah apa cara pun nak release kan tekanan tu. Kalau saya,...lebih suka fikir keadaan yang lebih teruk berlaku disekeliling berbandingkan apa yang saya lalui contohnya .....katalah rasa 'berat' nak ke pejabat, yang dah tentu ada kerusi untuk saya duduk ni, ada aircond menyejukkan badan sepanjang hari, ada computer untuk meringankan beban kerja.... saya cuba bayangkan hamba Allah yang bekerja sabagai buruh binaan, berpanas-berhujan sepanjang hari, kerja berat menggunakan tenaga empat kerat. Pastinya lagi teruk kan? Bila fikir macam tu, kita akan menghargai diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada. Bawah ini ada satu doa yang saya jumpa untuk kita kongsikan bersama dan amalkan.
Semoga semua dilimpahkan kebaikan dan dijauhkan keburukan dari pekerjaan yang dilakukan, insha-ALLAH. Wassalam
No comments:
Post a Comment