October 26, 2010

Sehari selembar benang...

Assalammua’alaikum semua, sehat?  Ramai yang batuk2 dan selsema sekarang ni, maklumlah musim hujan kan? Pagi-petang, siang-malam asyik hujan jerr. Jemuran pun susah nak kering,  hhmm time mcm ni ler aku selalu berangan nak ‘tangkap’ satu mesin pengering macam dobi tu,...best kan? Angan2 je tu ahakss!!

Posting aku hari ni agak serious sikit,  pasal perbezaan antara nabi dan rasul. Aku cari info ni sebab nak menjawab soalan si abang. Dia selalu bertanya, dan jawapan yang aku bagi tak memenuhi kehendaknya. Maybe jugak dia tak faham (kesian anak ku :( ), atau aku yang tak cukup pengetahuan (aduhaii, lagi ler sedih..:( ) ?? Yang pasti .. walaupun dari kecil kita dah belajar dan secara dasar dah faham tentang agama ni, tapi bila tiba nak menjelaskan kepada anak2, rasanya banyak perkara aku perlu dalami lagi. Silap penjelasan akan buat anak2 keliru... 

Bila ditanya “Apakah Perbezaan Antara Nabi Dan Rasul?" Mungkin ramai antara kita yang akan menjawab (termasuk aku sendiri), "Nabi diturunkan wahyu adalah untuk dirinya sendiri dan Rasul pula diturunkan wahyu untuk disebarkan kepada orang lain . Bila si abang menyoalku balik, "Kenapa pula nabi muhammad tu menjadi nabi dan juga rasul? Kenapa dia ada dua gelaran (nabi dan rasul)?". Errkkk??? Aku jadi terkedu, betul2 buntu, malu pada diri sendiri. Pengetahuan agamaku masih cetek... tak mampu nak jawab soalan semudah itu, dari seorang budak sekecil itu alahaiii. Jadi dibawah ni, adalah antara info yang aku temui untuk kita kongsikan bersama (terima kasih blogger Hafiz Handasah):

Jika kita menjawab seperti di atas tadi, banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Untuk apa Allah mengutuskan nabi jika wahyu itu untuk dirinya seorang dan tidak disampaikan kepada orang lain?
Bukankah sifat tabligh(menyampaikan) itu salah satu sifat wajib bagi nabi dan rasul? Justeru ,takrifan nabi dan rasul yang kita selalu sampaikan itu adalah tidak tepat.

 Takrifan yang diakui benar oleh ulama bersertakan dalil : 
NABI (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya kepadanya bukan dengan syariat yang baru, dan diwahyukan kepadanya mengikut syari`at rasul yang sebelumnya. 

Manakala RASUL ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang baru  serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya.
Kedua duanya diperintahkan untuk menyampaikan risalah kepada orang lain.
Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam Surah Albaqarah ayat 213 :
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ
"Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu ( semunya berada dalam agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan. "
Oklah uolls, harapnya posting aku kali ini dapat dijadikan info dan panduan untuk kita semua. Tiada niat untuk menunjuk2 yer, percaya lah ‘sehari selembar benang, lama-lama jadi kain’, insha-ALLAH. 
Jumpa lagi di lain entry. 

Wassalam

October 25, 2010

Monday Blues

Assalammua’alaikum  dan selamat pagi semua!! Hari ini hari apa??? HARI ISNIN  cikguuuu!! Yerrr betulll!! Aduyaii terasa ‘berat’nya diri nak mulakan hari ni, monday blues dah melandaa. Kenapa lah hari ni Isnin kan? Kenapa ler bukan Sabtu ke, Ahad ke? Eerrkkkk?? Boleh ke gitu??? ehehe macam bebudak jer kan? tapi itu ler luahan hati masing2. Dah namanya putaran masa, nak tak nak, suka tak suka, kita kena terima jugak. Yang penting kita tak perlu tensen. Buatlah apa cara pun nak release kan tekanan tu. Kalau saya,...lebih suka fikir keadaan yang lebih teruk berlaku disekeliling berbandingkan apa yang saya lalui contohnya .....katalah rasa 'berat' nak ke pejabat, yang dah tentu ada kerusi untuk saya duduk ni, ada aircond menyejukkan badan sepanjang hari, ada computer untuk meringankan beban kerja.... saya cuba bayangkan hamba Allah yang bekerja sabagai buruh binaan, berpanas-berhujan sepanjang hari, kerja berat  menggunakan tenaga empat kerat. Pastinya lagi teruk kan? Bila fikir macam tu, kita akan menghargai diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada.  Bawah ini ada satu doa yang saya jumpa untuk kita kongsikan bersama dan amalkan.
Semoga semua dilimpahkan kebaikan dan dijauhkan keburukan dari pekerjaan yang dilakukan, insha-ALLAH. Wassalam

Image and video hosting by TinyPic

October 22, 2010

Home Sweet Home

Assalammua’alaikum kengkawan!! Dah 5 hari berada di tanahair tercinta. Rasa macam tak percaya je, tempoh ‘3 bulan’ tu dah pun berakhir. Syukur alhamdulillah semuanya baik2 dan terpelihara belaka. Since 'home sweet home' ni, takde masa nak update blog ni. Bukan saja blog, email pun tak sempat nak jengah!! Biasa lah, bila kat rumah, memang takde peluang ler nak berblogging sesuka hati. Kena ler luangkan masa untuk anak2, kesian buah hati mama kan? kena tinggal berbulan2. Manja nyaaa... toksah citer lah. Dalam bilik air pun si adik boleh ketuk, nak pastikan mamanya ada ke tak. Risau kan main dia,  kot ler pergi lagi mama dia tanpa sedar  ehehe. Si adik asyik membodek ‘mama, adik dah besar ni, adik dah boleh ikut mama pegi Jepun dah, jom' Agaknya adik ingat nak ke jepun tu macam nak ke putrajaya je kot!! Ehehehe yang si abang pulak dah mula cool sikit, kalau tak asyik kusut jer. Muka pun ketat aje, nak tengok dia senyum punnya lah susah. Ntah ler, aku kena  arrange masa sesuai slow talk dengan si abang ni. Nak cuba fahami apa sebenarnya masalah dia.  Kadang2 si abang ni macam berjauh hati, kadang2 macam memberontak. Ada kalanya dia jeles dengan si adik, kononnya takde sapa yang pedulikan dia....alahaii.
 
Bukan takat keluarga aje, kerja2  rumah pun tengah ‘menunggu’ aku ni huhuhu.  Cuti 3 hari ni tu pun, jadual aku penuh dengan aktiviti housekeeping lah, spring cleaning lah dan yang sewaktu dengannya lagi. Takde peluang nak bersantai mantai ehehe.  Tapi no hal punya lah, banyak sangat rehat reput pulak tulang ni nanti hahahah Mula2 aku kerjakan si toilet tu dulu, pastu dapur, nexttt ruang tamu pulak dan last sekali baru bilik. Perghhhh....itu pun ada 3 bilik lagi aku tak bersihkan!! Takpelah pelan2 kan? Kena betulkan ‘momentum’ dulu. Bila dah bersih dan teratur semua tu, baru rasa lega sikit hati ini.
Sakit pinggang mengangkat luggage 30kg turun naik bas jumaat lepas, pastu ditambah pulak trip Narita-KL hampir 7 jam sepanjang sabtu  tu, now 'top-up’ pulak dengan kerja2 rumah, aduyaii penatnyaaaa!! Aku rasa cam nak demam ni huhuhu Apa2 pun, itulah rutin kita yang menjawat jawatan  4-in-1 ni kan? 4-in-1?? apa tu? Mcm kopi lah pulak kan?? Ehehehe uolls senaraikan lah sendiri, janji cukup 4, lebih pun takpe. Oklah kengkawan, jumpa lagi, tata-titi-tutu. Wassalam

October 14, 2010

Semua benda nak citer


Salam semua. Dah 3 hari aku sakit kepala, migrain ni datang menyerang. Sakitnya sebelah kepala jer tapi ‘bisa’ nya seluruh badan aduhaii sabar je lah. Masa camni lah buat aku teringat pada ‘5 perkara sebelum 5 perkara’.
   ~ Masa muda sebelum hari tua
   ~ Masa sihat sebelum dilanda sakit
   ~ Masa kaya sebelum miskin
   ~ Masa lapang sebelum waktu sibuk
   ~ Masa hidup sebelum tibanya saat kematian

Pagi ni n3 aku bukan pasal migrain tapi tentang ragam manusia ni. Bukan nak bergossip atau mengaibkan sesiapa, sekadar peringatan untuk diri sendiri. Oklah, uUolls penah jumpa atau kenal ataupun antara orang yang mmg suka bercerita tak kira apa cerita pun (luar dan dalam), tak kira masa dan tak kira tempat? Pernah ke? Pernah kan...yelah, ragam manusia ni pelbagai, molek bagi kita, tak semestinya elok dipandangan orang lain. Wahhh, tetiba lak aku serious pepagi ni ehehehe jgn main2 tau, penangan sakit kepala ni haa!!

Bila terjebak dgn orang yang ada sikap mcm ni, apa uolls buat? aku ni jenis ‘berat mulut’ sikit, mmg susah nak bercerita KECUALI dgn org yg betul2 aku rapat. Itupun ada jugak yg aku tapis, takdelah segala makneka aku nak kabor kan, malu lah wehhh. Tak kan takde perasaan segan dan silu tu.. Kalau jumpa org yg mcm ni, selalunya aku akan dengar sepintas lalu jer apa yg dia citerkan. Paling2 tidak aku akan jawab ‘hhmm’, ‘yer lah’, 'oh, iyer?', ‘ok’. Bukan tak suka nak dengar tapi kalau dah berulang kali story yang sama, dalam waktu yang sama, boleh sakit kapla jugak aku wehhhh. Nanti timbul pulak perasaan meluat tu. Part ni yang tak best ni, kalau boleh tak nak ler sampai menyampah kat orang, kan?

Ada pulak ni yang jenis suka sgt citer hal dia jerrr, semua citer yang terbaekk adalah dia dan keluarganya semata2. Kalau keburukan org pulak, diulang2 nya adoyaaiii. Kdg2 aku terfikir jugak....hhmmm dah jatuh riak ke tak camtu hah?? Satu hal aku peratikan, bila kita banyak bercakap ni sebenarnya membuka keburukan diri sendiri.  Menampakkan ke'tidak cerdik'nya kita ni. Minta dijauhkan dari bersikap mcm tu, sunngguh tak molek lah dipandangan mata dan dipendengaran telinga hamba ni ahakssss. Ok, okay serious balik.....lagipun bukan budaya dan adat timur kita mcm tu, mencanangkan segala2 nya untuk bermegah2. Tapi nak buat macam mana kan? Dah namanya ragam manusia, terima je lah. Kdg2 tu paksa-rela lah jugak untuk mendengar, walaupun dah sampai tahap yg boleh buat aku sakit kepala adusshhh. Okla kengkawan, kita tempuhi  dan syukuri perjalanan hidup kita seperti biasa. Wassalam  

October 11, 2010

Room Cleaning


Hai, hai, hai....allooooo, satu lagi entry!!! Ha ha ha vitamin ‘R’ terlebih dos hari ni ahakss!! Hari ni plannya nak bersihkan bilik dorm ni sebab Jumaat nanti dah kena check-out. Peraturan dorm kat sini mmg mcm tu, sebelum check out penginapnya kena bersihkan bilik masing2.  Kira oklah jugak, bukan kerja susah pun, kan? Kerja ennntengg je tu!!. Bahagian2 tertentu je yang kena bersihkan betul2, kalau nak bersihkan satu bilik pun apa salahnya, anggap je eksesais eheheheh lagipun biliknya kecik aje...
Sooo....dgn bersemangat wajanya, selepas subuh aku gi ‘kidnap’ vacum kat bilik laundry ehehe pastu aku bukak Sinar FM Capsules kuat-kuat, bagi boost up semangat nak ganyang satu bilik ni. Kalau ikutkan senarai yang incik manager  dorm ni bagi, kitaorang kena bersihkan:
1)  Dapur
~ perangkap minyak pada hood
~ alas/plate pada induction heater
~ sekeliling sinki dan perangkap sisanya
~ tempat penyimpanan pinggan mangkuk dan cabinet
~ petiais
2)  Ruang tamu
           ~ perangkap habuk pada air conditioner
           ~ pastikan lain-lain alat dalam keadaan asal
3)  Sampah
          ~ sampah di asingkan mengikut kategori boleh bakar dan tidak boleh bakar 


Ellehhh senang je tu....cheeewah berlagaknya oshanira!!!! Ya ampunnn!!! Hihihi gurau je yerkk. Apa2 pun, aku dah set appointment dgn incik manager ni. Dia akan datang periksa bilik malam Rabu nanti. Oklah kengkawan, minta diri dulu ye. Nak kena mulakan aktiviti ‘ganyang’ bilik ni.  Nanti kita jumpa lagi, bye!!

Jemput makan yerr...


Salam pagi Isnin semua, dah sarapan? Makan apa pagi ni? Biasanya bila kat rumah, saya akan minum secawan kopi je sambil2 siapkan anak2 sebelum keluar rumah. Kalau nak makan apa-apa kena tunggu break jam 10 nanti. Rasa cam tak sempat ler nak duduk bersarapan pepagi ni... weekend je baru ler dapat nak sarapan bersama keluarga.

Since saya kat sini masih bercuti, so ada banyak masa ler untuk prepare sarapan pagi ni ehehe. Pepagi lagi dah menggoreng bihun. Dah lama nar tak makan bihun goreng ni tau....buka mata je tadi dah terbayang2 bihun goreng ha ha ha...kemaruk tekak ni nak makan bihun. Kes blogs walking malam tadi ler. Ada pulak yg post kan gambar bihun goreng mengancam. Selama ni bukan tak boleh buat pun... tapi vitamin ‘M’ tu yg byk sangat!! Ni pun bersungguh ler buat sbb nak habiskan stok sotong dan sayur dalam petiais (alasan je  tu ehehe sebenarnya mmg nak makan pun... ssyyyy).  Oklah kawan-kawan, jemput makan yer...Bismillahirrohmannirrahim!!!

October 10, 2010

~ With Hijab Vs Without Hijab ~

Salam semua. Ohaiyou gozaimasu!! Tetiba pagi ni rasa nak share sesuatu dgn uolls. Sesuatu yg kita boleh renungkan bersama. Dah lama sebenarnya saya terima emel ni dari sorg kawan. Citernya biasa2 je tapi sgt menarik (bagi saya lerr). Salah satu puncanya... mungkin karakter dlm emel tu org yg saya kenal since kanak2 lagi. Lagenda sukan boxing dunia...eerr tapi bukan sbb saya peminat sukan boxing tau!! Ni kes ter’minat’ je ni sbb kecik2 dulu selalu temankan ayah tengok TV sambil2 siapkan homework, boleh gitu?? ehehe…sapa orangnya??? Let’s check it out yea….
  
Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters
The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them. He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source:
Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Saya suka sesgt story ni. Jawapan yg sgt2 mudah dan jelas. Kdg2 saya sendiri pun terasa  susah nak terangkan bila di tanya ttg hijab ni. Silap penjelasan, lagi ssh orang tu nak faham nanti, kan? Apa2 pun semua ni pengalaman. Pengalaman mengajar kita jadi lebih matang. Oklah uolls, till my next n3. Selamat cuti di hujung minggu. Wassalam

~Happy Birthday to My Beloved Libran..~


To my other half...
On this wonderful day,
a star of pure love
appeared to be my gift (but no cake yea, so sorry)
my present and my future.
I am very thankful for all the joys
you bring into my life.
HAPPY BIRTHDAY ABANG !!!

October 9, 2010

~ Bila Dah Bosan...~


Cakkk!!! ehehe jumpa lagi kita. Camne uolls? sehat?  Tapi rasa cam tak lengkap plak kan, bila masuk tak bagi salam ni. Main cakk, cakkk plak. Oklah, Assalammua’alaikum semua!! Haaa baru betul….(tapi ku rasa cam DJ radio lah pulak) hahaha apa-apa je lah oshanira...

Lamanyaa ku tak berblogging.  Kemalasan nak menulis tu melanda. Hari ni ku jadi rajin sikit, (sikit je lah ehehe). Pepagi lagi dah blog walking. Rajin ni pun bersebab uolls. La ni tengah bercuti panjang, direct 4 hari....dari Jumaat sampai Isnin, adooyaii mati kutu!! Baru masuk hari kedua ni dah tak tau nak buat apa. Ada 2 1/2 hari lagi nak ku tempuhi (chewahh...jgn memain, bahasa jiwa bangsa tu!!).Nak jalan2 cuaca plak tak mengizinkan. Nampaknya aktiviti ‘menternak’ badan lerrr jawabnya. Tidur, bertenet, makan, ulang lagiii....tidur, bertenet, makan ha ha ha ha sila jangan tiru aksi ini! dirumah!!Sepanjang 3 bulan aku kat sini, rasenya dah 2-3 kali jgk ler tempuh cuti panjang cam ni , straight 3-4 hari cuti. Best tu, ..best ler jgk...dah namanya cuti kan? Tapi lebih seronok lah kalau tgh bercuti mcm ni aku plak kat Malaysia, hhmm mcm2 aktiviti boleh wat dgn anak2 kan? Adoyaaiiii bosan nyerr aku.....
Kebiasaannya, bila aku dah terrrrsangat lah bosannya, aku akan...

~ main computer game ~ tak kira lerr game apa….kdg2 tu kids game pun aku layan ehehe

~ tonton movie ~ dari citer kartun sampai ke citer perang, yang dh ulang-tonton pun ku layann…buat2 tak ingat ending nya wakakakaka...

~ masak ~ mula lah nak mencuba resipi yg tak pernah ku cuba. Sendiri masak, sendiri ler yg ngappp....tu yang jadi masalah ‘besar’ tu!

~ housekeeping ~ segala benda kalau boleh ku nak bersihkan...bilik,  toilet, dapur, laman rumah sampaikan kereta pun aku cuci wakakaka….(ini apply kat rumah sendiri je)

~ blogs walking ~  aktiviti baru, semenjak- dua menjak kenal dunia blogging ni … dan yang paling best sekali…cari tempat yang selesa dan zzZZZzzzz….ha ha ha apa lagi jom lerr kita
TIDURRR
Sebenarnya banyak lagi, itu hanya top listed aktiviti ku je ehehe
oklah uollss, nanti kita jumpa lagi. Wassalam
Image and video hosting by TinyPic


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails