December 15, 2010

REHAT SEKEJAP...

Salam semua... dah petang dah pun. Badan pun dah penat, otak pun dah tepu, mmg kena rehat sekejap ni. Sambil2 tu meh kita berkongsi tips nak? Memandangkan emosi ai pun kurang stabil, asyik ‘berasap’ aje, mujur ai tak transform jadi naga tau !!! Walhal isunya..isu biasa2 je, bole ignore bin dunno je.... tapi dah buat aku marahhh sangat ni So, jom kita share tips kawal marah, bole gak  kurangkan HOT ahkak ni ggrrrrrr...
          1) MENGUBAH POSISI– Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
          2) BERWUDUK – Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
          3) Banyakkan BERISTIGHFAR di dalam hati
          4) MENDIAMKAN DIRI lebih baik dari berkata-kata yang boleh mengeruhkan lagi keadaan
          5) Bawa BERTENANG tapi jangan bertendang yer ehehehe tarik nafas dalam2
          6) SENYUM seikhlas boleh, sedekah tu.....
          7) MELUAHKAN perasaan dan masalah. Cari individu yang terbaik untuk luahkan  bukan yang boleh jadi ‘firestone’ tau!! :)
         8) Sentiasa BERFIKIRAN POSITIF. Lakukan kerja kita, biar Allah laksanakan kerja-Nya.
         9) BERDOA kepada Allah, minta dijauhkan daripada syaitan pemangkin kepada amarah tu…
Oklah uolls, nnt kita share tips lain pulak yer? Sharing is caring....keeps blogging!! Wassalam

December 13, 2010

~ bila 'dalam hati ada taman'...uwaaa ~

Salam semua.Ahhh…Ahhh Chooo!!! Huh!! Tebal gilerr  sawang kat blog ni...anak sapa ler yang malas kemas rumah ni yer? ehehe dah byk minggu jugak aku tak hapdet apa2 entri, bukan  tu jer, nak ber’blogwalking’ pun tak sempat...nak kata busy sgt pun, belum ler  ahkak ni busy taraf pak or mak menteri lagi AHAKSS cuma tak terkejar masa aje (chup!!...boleh ke masa tu di kejar wehh??) Sebenar2nya lot of things took place at one time, tu yg tak sempat2 nak menjengah blog ni... kena lah buat ikut priority kan? Dalam apa2 hal pun family always come first....always!!
Pagi ni terasa sunyi semacam je, dah seminggu meriah dengan suara ‘paknek’ dan ‘usu’ melayan kerenah anak-anak aku. Alih-alih pagi ni sunyi sepi, sedih rasanya.  Ayah dan adik dah pun balik kampung pagi semalam. Terasa sangat sunyinya ni ooiii dah ler cuma dpt jumpa setahun sekali, time raya. Ayah dgn adik ni pun dah lama tak berpeluang ke sini, last visit pun in 2006. Hhhmm takperlah kan? asalkan tiap2 tahun aku dpt balik kampung ziarah family di seberang lautan sana pun, syukur alhamdulillah. Moga semua nya diberi kesihatan yang baik, dan dipanjangkan umur oleh Allah SWT untuk berjumpa lagi .Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

November 12, 2010

~ Tahniah... ~

Salam semua...!! Hujan non-stop dari malam tadi, sejuk lak rasanya pagi ni bbbrrrrr  tapi tak leh lawan sejuk tempat Ms. J and Mdm. M yek??  Baru jer rasanya cuti Jumaat lepas tup, tup dah pun hari Jumaat balik. Cepat betul  masa berlalu  kan? Banyak jgk hal yang berlaku sepjg minggu ni, kdg2 tu rasa nak je share  dgn uolls tapiii.....penyakit malas tu dah mengatasi segalanya, sooo uolls faham2 je lah yer. Semalam (11.11.2010) hari yang ditunggu2 oleh semua pelajar  Tahun 6...keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dah pun diumumkan ...yezzaarr !! Pada yang berjaya mendapat 5A tu, TAHNIAH semoga terus berjaya di masa depan.  Pada yang kurang bernasib baik tu, jangan bersedih dan jangan berputus asa, ok? Kuatkan semangat dan lebihkan usaha, semoga dapat meraih yang lebih baik di masa depan...this is not the end of your life. Perjalanan masih panjang, masih banyak peluang dan cabaran di depan. Semoga hari esok  kalian lebih baik dari hari ini dan semalam (chewahh, ai rasa macam pakar motivasi lah pulaak, AHAKSS!) Aku faham... bukan saja anak2 yang gelisah, ibubapa pun tumpang susah hati . Aku sendiri belum ada pengalaman peribadi,  anak sulung pun baru Tahun 1. 
Cuma tahun ni adik bongsu ku merupakan salah seorang calon  UPSR. Alhamdulillah ...usu dapat seperti apa yang usu impikan. Walaupun sebelum tu dah puas menangis sbb tak konfiden eheheh....biasalah tu. Apa2 pun ...congratulations from all of us to you, usu ShaFina !! We are very proud of you. Hhmm terkenangkan kisah dolu-dolu, bila dapat tau jek keputusan periksa nak diumumkan, mula lah rasa serba-serbi tak kena,  nak lelapkan mata pun tak bulih. Mak plak yang tumpang susah hati nengok kan kelaku anaknya ni. Dah ghope orang yang tengah angau ...makan pun tak lalu, mandi pun tak basah, tido pun tak lena EEWAAHH!!  Masa tu belum lagi sistem UPSR ni, masih  Penilaian Darjah 5 lagi (boleh ler uollss agak betapa ‘remaja’nya ahkak sekrg ni yer, AHAKSS!!).  Bila dah diumumkan keputusannya tu, balik je dari sekolah, dapat sembang lebih kurang dgn mak, pastu....apa lagi, terus zzzZZZzzz hahaha…’qada’ tido tuu! Alahaii indahnya zaman kanak-kanak, kan?.  Wassalam
Image and video hosting by TinyPic

November 8, 2010

Dalam badan ada.....ANGIN!!

Salam petang senin semua....cakkk!!! Hhmmm mendung je cuaca petang ni. Alangkah bahagianya kalau kat rumah ni, bole je melingkar depan TV (huhuhu buruknya perangai..) Sebenarnya aku ada masalah sekrg ni uolls. Nak kata masalah ni berat, takde lah berat mana...nak kata ringan, uihhh boleh tahan jugak penangannya....masalahnya aku telah di'serang' angin satu badan. Oppss chupp, chupp.... bukannya  hangin satu badan @ marah ni tau!!!  Ni betul2 masalah angin dalam badan ni. Dah berhari2 dah 'serangan' ni sampai  seluruh badan rasa sakit2 , pening, mual, macam2 lah ....mmg tak selesa !!!  Dan sekrg ni dah ‘menyerang’ ke perut ler pulak. Rasa bergulung2 angin dalam perut ni. Senak je rasa nya ni, ulu hati pun dah mula rasa pedih. Dah telan ubat tapi sampai laa ni angin tu tak nak keluar....isshh!  Nak makan apa pun dah takde selera adehhh...

November 4, 2010

~ Yesss..Esok Cuti !!! ~


 
Salam semua... sehat ke hari ni? Dah tengahari ni, perut pun dah terasa lapar. Badan pun dah penat ni.... dah tak sabar nak habis kan hari. Mood BERCUTI dah mengatasi segalanya ehehe ...apa plan uolls utk cuti kali ni? Aku masih ‘blank minded’ ni haaa....tak tau nak wat apa. Plan A nya, nak bercuti ke Melaka. Bila incik hubby check hotel2 dan resort2 yg berkenaan, semua dah fully occupied.....alllaaa takde rezeki nak bercuti ke Melaka. Soooo... aku kena fikirkan Plan B. Tapi apa nya plan B tu ??? …sebenarnya kannnn....... aku lom ada pun Plan B lagi! !!! Huahahaha....ada idea tak? Bantu lah aku...yang pastinya, bila aku bercuti, blogs ni pun akan ‘bercuti’ jugak. Apa2 pun uolls  janganlah  segan nak datang  sini yer. Selamat Bercuti
WASSALAM

November 3, 2010

~ Arrgghhhh Geramnya Aku !!! ~

Assalammua’alaikum semua...posting awal hari ni sebab nak lepas geram. Tajuk pun agak brutal tu huhuhu... kesnya aku dah terlewat punch kad pagi ni!!! Bukannya lewat banyak pun uolls... lewat seminit aje. Tapi dengan encik bos aku ni, lewat seminit pun ‘dosa’nya sama seperti lewat sejam. Boleh bernanah telinga ni bila dengar dia membebel,tu yang tak sanggup. Aku dah keluar agak awal pagi tadi. Dengan kadar biasa, mmg boleh sampai awal kat pejabat. Jarak dari rumah ke ofis pun dalam 10 minit aje. Tapi ditakdirkan pagi ni, ada pulak ‘road block’ dalam perjalanan  menyebabkan traffic jam agak teruk jugak. Ada OPS PATI agaknya sebab nampak ramai warga asing di’tahan’ dan duduk tepi jalan tadi. Yang buat aku geram bukan pasal road block tu tapi pasal lain. Dah ler ter’sangkut’ hampir 20 minit sebab road block  tadi tu, bila masuk kawasan ofis ada pulak hamba Allah yang pentingkan diri sendiri...!!! Bawak kereta macam pegi makan angin, menikmati keindahan alam!!
 Aku faham lah dalam kawasan pejabat tak boleh nak pandu laju2, ada had kelajuannya. Tapi kenalah bertindak waras yanggg oiii, kalau dah nampak berderet 4-5 buah kereta mengekor kereta kat belakang tu, speed up lah sikit !!! Kalau tak  nak (kot ler nak jimat minyak keta) bagi ler laluan ke tepi kan keta tu sikit. Memang spesis takde perasaan !! Ya Allah aii ....haaa pepagi dah angin satu badan aku ni!! Tak kan ler nak memotong dalam kawasan ofis, lagi ler merbahaya. Takde akai ke??? Ru fikir lah sendiri bang longg!! Kalau tak sebab ni, memang  sempat sangat nak punch kad on time. Bila aku citer dgn ofismate, rupanya derang pun dah terkena beberapa kali dengan kereta yang sama ARRRGGGHHHH serious ni, AKU MEMANG TENGAH GERAMM!!!

November 1, 2010

Si Tukang Urut


Salam semua...sehat? Hari ni dah masuk bulan baru,  dah 1 November 2010. Lagi 60 hari nak masuk 2011. Cepat sungguh masa berlalu, kan? Bila nak masuk tahun baru ni ... mula lah nak fikirkan pasal azam. Azam lama pun belum tentu tercapai, dah nak top-up pulak dengan azam baru huhuhu... berbakul2 azam yg tertunggak!

Ok, kita tangguhkan dulu citer pasal azam ni. Posting kali ni  nak citer pasal si tukang urut dulu...jeng, jeng, jeng.  Tukang urut? Anak siapa tu? Duk mana?  ...uollss nak berkenalan dengan si tukang urut ni ke? Sabar, sabar...Uollss jgn main2 tau, aku dah ada tukang urut peribadi sekrg ni haaaa...poyos nya!! Ampunn , gurau manja je ni. Si tukang urut ni bukan  lah‘orang’ ...tapi ‘benda’. Ni kes ‘terbeli’ lah ni (alasan...ada ke term terbeli ni huh?) Sesuka hati je....

Hari Sabtu lepas gi lah jenjalan Putrajaya sambil2 windows shopping kat Alamanda. Mulanya sesaje nak duduk melepaskan penat ... kat salah satu kerusi urut oto bodycare tu. Konon2 dapat ler ‘urutan’ free sambil2 tunggu anak2 dan encik hubby belek2 barang kat pasaraya Carrefour. Rasa best pulak kena urut2 ni. Nak-nak pulak tu servis percuma. Lepas dok kerusi urut, aku beralih pulak ke alat urut tapak kaki, umpama  dah diberi betis nak kan peha lah tu kan? ...sedang elok sangat aku  mmg tgh lenguh2 badan masa tu.  Sambil2 tu layan sembang dgn salesman produk kat situ Ntah apa yg dia kelentong kan pun, aku iyerkan aje ler sebab tgh menghayati 'urutan'  alat2 yang ada. Di pendekkan citer, sembang punya sembang, iyer punya iyer, angguk punya angguk....AKHIRNYA dengan rela hati aku setuju dengan 'cadangan' budak tu suh beli satu produk oto bodycare ni....si ‘tukang urut’ yg aku cakap tadi tu lerrr . Nak sangat pakai servis percuma, akhirnya terrrrangkut satu bawak balik hahahaha  So, mcm mana? Adakah kes aku ni dah kira kena pukau dek oto bodycare tu?? Oh TIDAKKK !!!!! Oklah kengkawan, kita jumpa lagi. Wassalam

October 26, 2010

Sehari selembar benang...

Assalammua’alaikum semua, sehat?  Ramai yang batuk2 dan selsema sekarang ni, maklumlah musim hujan kan? Pagi-petang, siang-malam asyik hujan jerr. Jemuran pun susah nak kering,  hhmm time mcm ni ler aku selalu berangan nak ‘tangkap’ satu mesin pengering macam dobi tu,...best kan? Angan2 je tu ahakss!!

Posting aku hari ni agak serious sikit,  pasal perbezaan antara nabi dan rasul. Aku cari info ni sebab nak menjawab soalan si abang. Dia selalu bertanya, dan jawapan yang aku bagi tak memenuhi kehendaknya. Maybe jugak dia tak faham (kesian anak ku :( ), atau aku yang tak cukup pengetahuan (aduhaii, lagi ler sedih..:( ) ?? Yang pasti .. walaupun dari kecil kita dah belajar dan secara dasar dah faham tentang agama ni, tapi bila tiba nak menjelaskan kepada anak2, rasanya banyak perkara aku perlu dalami lagi. Silap penjelasan akan buat anak2 keliru... 

Bila ditanya “Apakah Perbezaan Antara Nabi Dan Rasul?" Mungkin ramai antara kita yang akan menjawab (termasuk aku sendiri), "Nabi diturunkan wahyu adalah untuk dirinya sendiri dan Rasul pula diturunkan wahyu untuk disebarkan kepada orang lain . Bila si abang menyoalku balik, "Kenapa pula nabi muhammad tu menjadi nabi dan juga rasul? Kenapa dia ada dua gelaran (nabi dan rasul)?". Errkkk??? Aku jadi terkedu, betul2 buntu, malu pada diri sendiri. Pengetahuan agamaku masih cetek... tak mampu nak jawab soalan semudah itu, dari seorang budak sekecil itu alahaiii. Jadi dibawah ni, adalah antara info yang aku temui untuk kita kongsikan bersama (terima kasih blogger Hafiz Handasah):

Jika kita menjawab seperti di atas tadi, banyak persoalan yang boleh ditimbulkan. Untuk apa Allah mengutuskan nabi jika wahyu itu untuk dirinya seorang dan tidak disampaikan kepada orang lain?
Bukankah sifat tabligh(menyampaikan) itu salah satu sifat wajib bagi nabi dan rasul? Justeru ,takrifan nabi dan rasul yang kita selalu sampaikan itu adalah tidak tepat.

 Takrifan yang diakui benar oleh ulama bersertakan dalil : 
NABI (yang bukan Rasul ) adalah insan yang diwahyukannya kepadanya bukan dengan syariat yang baru, dan diwahyukan kepadanya mengikut syari`at rasul yang sebelumnya. 

Manakala RASUL ialah mereka yang diwahyukan kepadanya dengan syariat yang baru  serta menasakhkan syariat Rasul yang sebelumnya.
Kedua duanya diperintahkan untuk menyampaikan risalah kepada orang lain.
Ini adalah berdasarkan firman Allah dalam Surah Albaqarah ayat 213 :
كَانَ النَّاسُ أُمَّةً وَاحِدَةً فَبَعَثَ اللّهُ النَّبِيِّينَ مُبَشِّرِينَ وَمُنذِرِينَ وَأَنزَلَ مَعَهُمُ الْكِتَابَ بِالْحَقِّ لِيَحْكُمَ بَيْنَ النَّاسِ
"Pada Mulanya manusia dahulunya umat yang satu ( semunya berada dalam agama Islam) maka Allah mengutuskan para nabi-nabi sebagai pemberi khabar gembira dan pemberi peringatan. "
Oklah uolls, harapnya posting aku kali ini dapat dijadikan info dan panduan untuk kita semua. Tiada niat untuk menunjuk2 yer, percaya lah ‘sehari selembar benang, lama-lama jadi kain’, insha-ALLAH. 
Jumpa lagi di lain entry. 

Wassalam

October 25, 2010

Monday Blues

Assalammua’alaikum  dan selamat pagi semua!! Hari ini hari apa??? HARI ISNIN  cikguuuu!! Yerrr betulll!! Aduyaii terasa ‘berat’nya diri nak mulakan hari ni, monday blues dah melandaa. Kenapa lah hari ni Isnin kan? Kenapa ler bukan Sabtu ke, Ahad ke? Eerrkkkk?? Boleh ke gitu??? ehehe macam bebudak jer kan? tapi itu ler luahan hati masing2. Dah namanya putaran masa, nak tak nak, suka tak suka, kita kena terima jugak. Yang penting kita tak perlu tensen. Buatlah apa cara pun nak release kan tekanan tu. Kalau saya,...lebih suka fikir keadaan yang lebih teruk berlaku disekeliling berbandingkan apa yang saya lalui contohnya .....katalah rasa 'berat' nak ke pejabat, yang dah tentu ada kerusi untuk saya duduk ni, ada aircond menyejukkan badan sepanjang hari, ada computer untuk meringankan beban kerja.... saya cuba bayangkan hamba Allah yang bekerja sabagai buruh binaan, berpanas-berhujan sepanjang hari, kerja berat  menggunakan tenaga empat kerat. Pastinya lagi teruk kan? Bila fikir macam tu, kita akan menghargai diri dan bersyukur dengan apa yg kita ada.  Bawah ini ada satu doa yang saya jumpa untuk kita kongsikan bersama dan amalkan.
Semoga semua dilimpahkan kebaikan dan dijauhkan keburukan dari pekerjaan yang dilakukan, insha-ALLAH. Wassalam

Image and video hosting by TinyPic

October 22, 2010

Home Sweet Home

Assalammua’alaikum kengkawan!! Dah 5 hari berada di tanahair tercinta. Rasa macam tak percaya je, tempoh ‘3 bulan’ tu dah pun berakhir. Syukur alhamdulillah semuanya baik2 dan terpelihara belaka. Since 'home sweet home' ni, takde masa nak update blog ni. Bukan saja blog, email pun tak sempat nak jengah!! Biasa lah, bila kat rumah, memang takde peluang ler nak berblogging sesuka hati. Kena ler luangkan masa untuk anak2, kesian buah hati mama kan? kena tinggal berbulan2. Manja nyaaa... toksah citer lah. Dalam bilik air pun si adik boleh ketuk, nak pastikan mamanya ada ke tak. Risau kan main dia,  kot ler pergi lagi mama dia tanpa sedar  ehehe. Si adik asyik membodek ‘mama, adik dah besar ni, adik dah boleh ikut mama pegi Jepun dah, jom' Agaknya adik ingat nak ke jepun tu macam nak ke putrajaya je kot!! Ehehehe yang si abang pulak dah mula cool sikit, kalau tak asyik kusut jer. Muka pun ketat aje, nak tengok dia senyum punnya lah susah. Ntah ler, aku kena  arrange masa sesuai slow talk dengan si abang ni. Nak cuba fahami apa sebenarnya masalah dia.  Kadang2 si abang ni macam berjauh hati, kadang2 macam memberontak. Ada kalanya dia jeles dengan si adik, kononnya takde sapa yang pedulikan dia....alahaii.
 
Bukan takat keluarga aje, kerja2  rumah pun tengah ‘menunggu’ aku ni huhuhu.  Cuti 3 hari ni tu pun, jadual aku penuh dengan aktiviti housekeeping lah, spring cleaning lah dan yang sewaktu dengannya lagi. Takde peluang nak bersantai mantai ehehe.  Tapi no hal punya lah, banyak sangat rehat reput pulak tulang ni nanti hahahah Mula2 aku kerjakan si toilet tu dulu, pastu dapur, nexttt ruang tamu pulak dan last sekali baru bilik. Perghhhh....itu pun ada 3 bilik lagi aku tak bersihkan!! Takpelah pelan2 kan? Kena betulkan ‘momentum’ dulu. Bila dah bersih dan teratur semua tu, baru rasa lega sikit hati ini.
Sakit pinggang mengangkat luggage 30kg turun naik bas jumaat lepas, pastu ditambah pulak trip Narita-KL hampir 7 jam sepanjang sabtu  tu, now 'top-up’ pulak dengan kerja2 rumah, aduyaii penatnyaaaa!! Aku rasa cam nak demam ni huhuhu Apa2 pun, itulah rutin kita yang menjawat jawatan  4-in-1 ni kan? 4-in-1?? apa tu? Mcm kopi lah pulak kan?? Ehehehe uolls senaraikan lah sendiri, janji cukup 4, lebih pun takpe. Oklah kengkawan, jumpa lagi, tata-titi-tutu. Wassalam

October 14, 2010

Semua benda nak citer


Salam semua. Dah 3 hari aku sakit kepala, migrain ni datang menyerang. Sakitnya sebelah kepala jer tapi ‘bisa’ nya seluruh badan aduhaii sabar je lah. Masa camni lah buat aku teringat pada ‘5 perkara sebelum 5 perkara’.
   ~ Masa muda sebelum hari tua
   ~ Masa sihat sebelum dilanda sakit
   ~ Masa kaya sebelum miskin
   ~ Masa lapang sebelum waktu sibuk
   ~ Masa hidup sebelum tibanya saat kematian

Pagi ni n3 aku bukan pasal migrain tapi tentang ragam manusia ni. Bukan nak bergossip atau mengaibkan sesiapa, sekadar peringatan untuk diri sendiri. Oklah, uUolls penah jumpa atau kenal ataupun antara orang yang mmg suka bercerita tak kira apa cerita pun (luar dan dalam), tak kira masa dan tak kira tempat? Pernah ke? Pernah kan...yelah, ragam manusia ni pelbagai, molek bagi kita, tak semestinya elok dipandangan orang lain. Wahhh, tetiba lak aku serious pepagi ni ehehehe jgn main2 tau, penangan sakit kepala ni haa!!

Bila terjebak dgn orang yang ada sikap mcm ni, apa uolls buat? aku ni jenis ‘berat mulut’ sikit, mmg susah nak bercerita KECUALI dgn org yg betul2 aku rapat. Itupun ada jugak yg aku tapis, takdelah segala makneka aku nak kabor kan, malu lah wehhh. Tak kan takde perasaan segan dan silu tu.. Kalau jumpa org yg mcm ni, selalunya aku akan dengar sepintas lalu jer apa yg dia citerkan. Paling2 tidak aku akan jawab ‘hhmm’, ‘yer lah’, 'oh, iyer?', ‘ok’. Bukan tak suka nak dengar tapi kalau dah berulang kali story yang sama, dalam waktu yang sama, boleh sakit kapla jugak aku wehhhh. Nanti timbul pulak perasaan meluat tu. Part ni yang tak best ni, kalau boleh tak nak ler sampai menyampah kat orang, kan?

Ada pulak ni yang jenis suka sgt citer hal dia jerrr, semua citer yang terbaekk adalah dia dan keluarganya semata2. Kalau keburukan org pulak, diulang2 nya adoyaaiii. Kdg2 aku terfikir jugak....hhmmm dah jatuh riak ke tak camtu hah?? Satu hal aku peratikan, bila kita banyak bercakap ni sebenarnya membuka keburukan diri sendiri.  Menampakkan ke'tidak cerdik'nya kita ni. Minta dijauhkan dari bersikap mcm tu, sunngguh tak molek lah dipandangan mata dan dipendengaran telinga hamba ni ahakssss. Ok, okay serious balik.....lagipun bukan budaya dan adat timur kita mcm tu, mencanangkan segala2 nya untuk bermegah2. Tapi nak buat macam mana kan? Dah namanya ragam manusia, terima je lah. Kdg2 tu paksa-rela lah jugak untuk mendengar, walaupun dah sampai tahap yg boleh buat aku sakit kepala adusshhh. Okla kengkawan, kita tempuhi  dan syukuri perjalanan hidup kita seperti biasa. Wassalam  

October 11, 2010

Room Cleaning


Hai, hai, hai....allooooo, satu lagi entry!!! Ha ha ha vitamin ‘R’ terlebih dos hari ni ahakss!! Hari ni plannya nak bersihkan bilik dorm ni sebab Jumaat nanti dah kena check-out. Peraturan dorm kat sini mmg mcm tu, sebelum check out penginapnya kena bersihkan bilik masing2.  Kira oklah jugak, bukan kerja susah pun, kan? Kerja ennntengg je tu!!. Bahagian2 tertentu je yang kena bersihkan betul2, kalau nak bersihkan satu bilik pun apa salahnya, anggap je eksesais eheheheh lagipun biliknya kecik aje...
Sooo....dgn bersemangat wajanya, selepas subuh aku gi ‘kidnap’ vacum kat bilik laundry ehehe pastu aku bukak Sinar FM Capsules kuat-kuat, bagi boost up semangat nak ganyang satu bilik ni. Kalau ikutkan senarai yang incik manager  dorm ni bagi, kitaorang kena bersihkan:
1)  Dapur
~ perangkap minyak pada hood
~ alas/plate pada induction heater
~ sekeliling sinki dan perangkap sisanya
~ tempat penyimpanan pinggan mangkuk dan cabinet
~ petiais
2)  Ruang tamu
           ~ perangkap habuk pada air conditioner
           ~ pastikan lain-lain alat dalam keadaan asal
3)  Sampah
          ~ sampah di asingkan mengikut kategori boleh bakar dan tidak boleh bakar 


Ellehhh senang je tu....cheeewah berlagaknya oshanira!!!! Ya ampunnn!!! Hihihi gurau je yerkk. Apa2 pun, aku dah set appointment dgn incik manager ni. Dia akan datang periksa bilik malam Rabu nanti. Oklah kengkawan, minta diri dulu ye. Nak kena mulakan aktiviti ‘ganyang’ bilik ni.  Nanti kita jumpa lagi, bye!!

Jemput makan yerr...


Salam pagi Isnin semua, dah sarapan? Makan apa pagi ni? Biasanya bila kat rumah, saya akan minum secawan kopi je sambil2 siapkan anak2 sebelum keluar rumah. Kalau nak makan apa-apa kena tunggu break jam 10 nanti. Rasa cam tak sempat ler nak duduk bersarapan pepagi ni... weekend je baru ler dapat nak sarapan bersama keluarga.

Since saya kat sini masih bercuti, so ada banyak masa ler untuk prepare sarapan pagi ni ehehe. Pepagi lagi dah menggoreng bihun. Dah lama nar tak makan bihun goreng ni tau....buka mata je tadi dah terbayang2 bihun goreng ha ha ha...kemaruk tekak ni nak makan bihun. Kes blogs walking malam tadi ler. Ada pulak yg post kan gambar bihun goreng mengancam. Selama ni bukan tak boleh buat pun... tapi vitamin ‘M’ tu yg byk sangat!! Ni pun bersungguh ler buat sbb nak habiskan stok sotong dan sayur dalam petiais (alasan je  tu ehehe sebenarnya mmg nak makan pun... ssyyyy).  Oklah kawan-kawan, jemput makan yer...Bismillahirrohmannirrahim!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails