October 10, 2010

~ With Hijab Vs Without Hijab ~

Salam semua. Ohaiyou gozaimasu!! Tetiba pagi ni rasa nak share sesuatu dgn uolls. Sesuatu yg kita boleh renungkan bersama. Dah lama sebenarnya saya terima emel ni dari sorg kawan. Citernya biasa2 je tapi sgt menarik (bagi saya lerr). Salah satu puncanya... mungkin karakter dlm emel tu org yg saya kenal since kanak2 lagi. Lagenda sukan boxing dunia...eerr tapi bukan sbb saya peminat sukan boxing tau!! Ni kes ter’minat’ je ni sbb kecik2 dulu selalu temankan ayah tengok TV sambil2 siapkan homework, boleh gitu?? ehehe…sapa orangnya??? Let’s check it out yea….
  
Boxer Muhammad Ali's advice to his daughters
The following incident took place when Muhammad Ali's (KELAY) daughters arrived at his home wearing clothes that were not modest. Here is the story as told by one of his daughters:

When we finally arrived, the chauffeur escorted my younger sister, Laila, and me up to my father's suite. As usual, he was hiding behind the door waiting to scare us. We exchanged many hugs and kisses as we could possibly give in one day.

My father took a good look at us. Then he sat me down on his lap and said something that I will never forget. He looked me straight in the eyes and said, "Hana, everything that God made valuable in the world is covered and hard to get to. Where do you find diamonds? Deep down in the ground, covered and protected. Where do you find pearls? Deep down at the bottom of the ocean, covered up and protected in a beautiful shell. Where do you find gold? Way down in the mine, covered over with layers and layers of rock. You've got to work hard to get to them. He looked at me with serious eyes. "Your body is sacred. You're far more precious than diamonds and pearls, and you should be covered too."

Source:
Taken from the book: More Than A Hero: Muhammad Ali's Life Lessons Through His Daughter's Eyes.

Saya suka sesgt story ni. Jawapan yg sgt2 mudah dan jelas. Kdg2 saya sendiri pun terasa  susah nak terangkan bila di tanya ttg hijab ni. Silap penjelasan, lagi ssh orang tu nak faham nanti, kan? Apa2 pun semua ni pengalaman. Pengalaman mengajar kita jadi lebih matang. Oklah uolls, till my next n3. Selamat cuti di hujung minggu. Wassalam

~Happy Birthday to My Beloved Libran..~


To my other half...
On this wonderful day,
a star of pure love
appeared to be my gift (but no cake yea, so sorry), 
my present and my future.
I am very thankful for all the joys
you bring into my life.
HAPPY BIRTHDAY ABANG !!!

October 9, 2010

~ Bila Dah Bosan...~


Cakkk!!! ehehe jumpa lagi kita. Camne uolls? sehat?  Tapi rasa cam tak lengkap plak kan, bila masuk tak bagi salam ni. Main cakk, cakkk plak. Oklah, Assalammua’alaikum semua!! Haaa baru betul….(tapi ku rasa cam DJ radio lah pulak) hahaha apa-apa je lah oshanira...

Lamanyaa ku tak berblogging.  Kemalasan nak menulis tu melanda. Hari ni ku jadi rajin sikit, (sikit je lah ehehe). Pepagi lagi dah blog walking. Rajin ni pun bersebab uolls. La ni tengah bercuti panjang, direct 4 hari....dari Jumaat sampai Isnin, adooyaii mati kutu!! Baru masuk hari kedua ni dah tak tau nak buat apa. Ada 2 1/2 hari lagi nak ku tempuhi (chewahh...jgn memain, bahasa jiwa bangsa tu!!).Nak jalan2 cuaca plak tak mengizinkan. Nampaknya aktiviti ‘menternak’ badan lerrr jawabnya. Tidur, bertenet, makan, ulang lagiii....tidur, bertenet, makan ha ha ha ha sila jangan tiru aksi ini! dirumah!!Sepanjang 3 bulan aku kat sini, rasenya dah 2-3 kali jgk ler tempuh cuti panjang cam ni , straight 3-4 hari cuti. Best tu, ..best ler jgk...dah namanya cuti kan? Tapi lebih seronok lah kalau tgh bercuti mcm ni aku plak kat Malaysia, hhmm mcm2 aktiviti boleh wat dgn anak2 kan? Adoyaaiiii bosan nyerr aku.....
Kebiasaannya, bila aku dah terrrrsangat lah bosannya, aku akan...

~ main computer game ~ tak kira lerr game apa….kdg2 tu kids game pun aku layan ehehe

~ tonton movie ~ dari citer kartun sampai ke citer perang, yang dh ulang-tonton pun ku layann…buat2 tak ingat ending nya wakakakaka...

~ masak ~ mula lah nak mencuba resipi yg tak pernah ku cuba. Sendiri masak, sendiri ler yg ngappp....tu yang jadi masalah ‘besar’ tu!

~ housekeeping ~ segala benda kalau boleh ku nak bersihkan...bilik,  toilet, dapur, laman rumah sampaikan kereta pun aku cuci wakakaka….(ini apply kat rumah sendiri je)

~ blogs walking ~  aktiviti baru, semenjak- dua menjak kenal dunia blogging ni … dan yang paling best sekali…cari tempat yang selesa dan zzZZZzzzz….ha ha ha apa lagi jom lerr kita
TIDURRR
Sebenarnya banyak lagi, itu hanya top listed aktiviti ku je ehehe
oklah uollss, nanti kita jumpa lagi. Wassalam
Image and video hosting by TinyPic


September 27, 2010

~Mochi~

Salam semua...dah makan? Makan ape? Ada jamuan raya lagi ke? Bestnyer uollss....jeless ai tau!! takpe, takpe....part tak bestnya plak bila diet pun tah ke mana kan?  (saje je ku cakap camni, sbb jeles takleh join uolls gi open house, boleh gitu??.....ngeeeee)
Ok, ok ...sekrg aku serious. Hari ni aje,  2-3 org kwn dh ngadu pasal diet ni. Diet  masing2 dah 'terjunam' ke laut. Mana tak nya, bulan posa turun 2kg, tapi lepas raya naik pulak 5kg, camne tu? Bukannya wal hasil balik asal lagi dahhh ....bertambah!! ni semer penangan 'open house'  ler katanya hhmm takpe lah tu, redho jer sis..... setahun sekali (ayat penyedap hati) ekekekek. Chup, chup!! Kita wat tak tau jer lah dgn masalah berat ni...aku sendiri pun ‘bosar’ gak masalahnya ngeh ngeh ngeh. Apa nak buat kan?...'spare tyre' tu semer sayang bangettt ngan aku AHAKSS!!!
N3 kali ni aku nak citer pasal mochi. Semenjak dua menjak ni, aku suka sgt makan mochi ni tau!! Ni Ms J ler ngajor nya ni....haiippp, ni nak marah aku ni !! ehehe.....tapi tak rugi tau kenal si mochi ni, sedappp.  Apa sebenarnya mochi ni?  Meh aku citer....tersebut lah kisahhhhhh di sebuaahhhh negaraaaaaaa....ehehehe Mochi ni adalah sejenis kuih pulut tradisional Jepun. Rasanya lebih kurang macam kuih koci, tapi takde lah 'se' lemak dan 'se' liat cik koci tu….(uolls boleh bayang ke tak ni?? boleh ke tak?....alerr buat2 boleh jer lah)  Ada byk jenis mocha ni sebenarnya tapi yg buat mochi ni meriah sbb warnanya,  ada  kaler pink, putih, hijau,kuning, purple, jernih...senang citer, memang cantik lah!
Kat bawah ni ada beberapa gambar mochi yg aku pinjam dari ‘pakcik’ google utk dikongsikan bersama. Ada Warabi Mochi (hampir serupa cam ambuyat) , biasanya dimakan dengan Kinoku (tepung kacang soya panggang), dango mochi (bebola tepung pulut) yang dihidang dengan sos soyu (kuah/sira soya yang pekat dan manis) atau  matcha dango (bebola tepung pulut berperisa teh hijau) yang biasanya dimakan dengan aiskrim dan pes kacang merah.  Sapa penggemar green tea tu, boleh lah cuba matcha dango. Dango ni pun sebahagian dari mochi, lebih kurang sepupu mochi ni. Feveret aku lak.....simple je taste aku , mochi yang berintikan pes kacang merah oishii tau!!
 Warabi mochi dengan Kinoku dan kuah soyu pekat manis
Matcha dango (matcha~green tea)
Dango yang dihidang dengan aiskrim dan pes kacang merah (tokachi)
 Mitarashi dango disalut dengan sira soyu
 mochi dengan inti kacang merah
(walaupun kurang comel ropanya....totap faveret aku ni!!)
Oklah uolls, dah jamu mata dengan mochi dan dango  ni kan? Kita jumpa lagi di lain N3 yer? Bye....

September 9, 2010

~ Selamat datang Syawal... ~


Assalammua'alaikum semua..

Ada kalanya

MATA ku tersalah lihat,
TELINGA ku tersilap dengar,
MULUT ku terlanjur bicara,
HATI ku tersalah duga,
GERAK ku terpincang laku,

Sempena  Syawal yang mulia ini.....
  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


ikhlas tapi jauh....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails