Salam Jumaat :)
Pulut kuning sambal bilis bekal ke pejabat |
Masih dalam mood memasak B-)... pagi ni bangkit awal sikit sebab nak tanak pulut kuning. Dua hari lepas dah berjanji dengan officemate, nak sarapan pulut kuning sama sama. Sedap kalau makan dengan sambal bilis katanya
Ini cubaan kali kedua masak pulut kuning cara macam tanak nasi. Sebelum ni, kalau masak pulut memang saya buat cara kukus. Cara tu jer pun yang nenek saya pernah ajar. Agak sedikit renyah lah kerjanya. Selepas kukus kena keluarkan dari periuk kukus dan gaulkan dengan pati santan, dan dikukus lagi sekali. Tambahan pula, selalunya tak berapa rajin nak keluar dan bersihkan periuk kukus. Tu sebabnya, setahun sekali bila raya, baru lah gigih saya nak buat pulut kuning ni
Kebetulan minggu lepas anak bujang balik bercuti. Dia ni penggemar pulut macam saya juga.Bila ada geng makan, jadi seronok lah sikit nak mencuba. Nak masak cara express lah sebab nak buat sarapan je. Saya pun mencuba lah versi tanak ni. Bila google rupanya dah ramai yang buat. Sayangnya hampir semua menggunakan rice cooker. Saya teringin nak masak dalam periuk. I ni kan old school type ...takpe, kita yang buat dia kan?
Bila first attempt menjadi. Ya Allah seronoknya. Alhamdulillah. Rupa rupanya mudah aje. Kalau lah saya tau, dah lama buat pulut cara tanak ni. Tak ada lah menunggu raya baru nak makan pulut kuning kan? huhuhuhu
Pulut Kuning Tanak
2 cawan beras pulut
2 cawan santan (saya bancuh 1 cawan pekat+1 cawan air)
1 sudu besar minyak masak (saya pakai olive oil)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
Daun pandan
Cara:
1. Beras pulut di cuci dan direndam dengan bancuhan serbuk kunyit dan asam keping (supaya pulut cantik berkilat) selama 30minit saja
2. Setelah 30minit, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk
3. Tuangkan santan dan masukkan gula, garam serta minyak. Daun pandan saya simpulkan dan dimasukkan sekali
4. Hidupkan api, dan biarkan santan hingga mendidih.
5. Apabila santan hampir kering, gaul perlahan pulut separuh masak itu
6. Kecilkan api dan tutup tudung periuk. Teruskan memasak selama 5-7minit
7. Jika pulut masih belum masak sepenuhnya, masukkan sedikit air panas anggaran 2-3 sudu besar dan biarkan lagi dalam 5 minit.
7. Jika pulut masih belum masak sepenuhnya, masukkan sedikit air panas anggaran 2-3 sudu besar dan biarkan lagi dalam 5 minit.
8. Gaulkan pulut yang sudah masak elok, matikan api. Sedia untuk di hidang, dan makan bersama rendang daging/ayam ataupun sambal bilis
p/s: ..get excited and make things happen!!