May 5, 2017

~ Pulut Kuning Tanak ~

Salam Jumaat :)
Pulut kuning sambal bilis bekal ke pejabat
Masih dalam mood memasak B-)... pagi ni bangkit awal sikit sebab nak tanak pulut kuning. Dua hari lepas dah berjanji dengan officemate, nak sarapan pulut kuning sama sama. Sedap kalau makan dengan sambal bilis katanya

 Ini cubaan kali kedua masak pulut kuning cara macam tanak nasi. Sebelum ni, kalau masak pulut memang saya buat cara kukus. Cara tu jer pun yang nenek saya pernah ajar. Agak sedikit renyah lah kerjanya. Selepas kukus kena keluarkan dari periuk kukus dan gaulkan dengan pati santan, dan dikukus lagi sekali. Tambahan pula, selalunya tak berapa rajin nak keluar dan bersihkan periuk kukus. Tu sebabnya, setahun sekali bila raya, baru lah gigih saya nak buat pulut kuning ni

Kebetulan minggu lepas anak bujang balik bercuti. Dia ni penggemar pulut macam saya juga.Bila ada geng makan, jadi seronok lah sikit nak mencuba. Nak masak cara express lah sebab nak buat sarapan je. Saya pun mencuba lah versi tanak ni. Bila google rupanya dah ramai yang buat. Sayangnya hampir semua menggunakan rice cooker. Saya teringin nak masak dalam periuk. I ni kan old school type ...takpe, kita yang buat dia kan?

Bila first attempt menjadi. Ya Allah seronoknya. Alhamdulillah. Rupa rupanya mudah aje. Kalau lah saya tau, dah lama buat pulut cara tanak ni. Tak ada lah  menunggu raya baru nak makan pulut kuning kan? huhuhuhu
 
Pulut Kuning Tanak
2 cawan beras pulut
2 cawan santan (saya bancuh 1 cawan pekat+1 cawan air)
 1 sudu besar minyak masak (saya pakai olive oil)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
 Daun pandan

Cara:
1. Beras pulut di cuci dan direndam dengan bancuhan serbuk kunyit dan asam keping (supaya pulut cantik berkilat) selama 30minit saja
2. Setelah 30minit, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk
3. Tuangkan santan dan masukkan gula, garam serta minyak. Daun pandan saya simpulkan dan dimasukkan sekali
4. Hidupkan api, dan biarkan santan hingga mendidih.
5. Apabila santan hampir kering, gaul perlahan pulut separuh masak itu
6. Kecilkan api dan tutup tudung periuk. Teruskan memasak selama 5-7minit
7. Jika pulut masih belum masak sepenuhnya, masukkan sedikit air panas anggaran 2-3 sudu besar dan biarkan lagi dalam 5 minit.
8. Gaulkan pulut yang sudah masak elok, matikan api. Sedia untuk di hidang, dan makan bersama rendang daging/ayam ataupun sambal bilis

p/s: ..get excited and make things happen!!

May 3, 2017

~ Kacang Kuda Bertumis Kari ~



 


Eh eh ? boleh pulak posing senget senget si kacang  kuda (KK) ni. Poyo lah kau ni KK. Mentang mentang dah bersalut kari hehehe

Dari semalam dah, teringin sangat nak makan kacang kuda. Tapi kali ni terasa nak yang pedas pedas sikit. Biasanya, saya rebus letak garam je. Sesekali letak gula juga bagi kacang kuda yang direbus ada rasa lemak manis dan masinnya.

Kali ni selepas rendam kacang kuda semalaman, kacang tu saya rebus macam biasa dengan api sederhana selama 40minit. Selepas ditos, baru lah sesi menumis nya pulak. Uolls nak resipi ke? Mudah aje ni, style masak cara saya seadanya. Mungkin sedap pada selera saya, belum tentu sedap di selera anda. Kalau nak mencuba tu, silakan.

BAHAN-BAHANNYA :-D
1 cawan kacang kuda (direndam semalaman, dan direbus) 
1 tangkai daun kari, dilurut
3 biji cili kering, digunting serong. cuci dan toskan untuk buang biji
1 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu besar ikan bilis
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUATNYA :-D
 1. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun. Tumiskan cili kering dan daun kari sehingga wangi, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau rata sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan kacang kuda yang sudah ditos, bersama sedikit air lagi. Gaul sebati sambil perasakan dengan gula dan garam.
4. Pastikan kacang kuda telah bersalut dengan rempah yang ditumis. Tutup api. Sedia untuk dimakan


Selamat Mencuba


p/s: menurut kajian, makan kacang kuda boleh menurunkan berat badan...ohh i love you lah kacang kuda!!  B-D



 

May 2, 2017

~ R.E.D.H.A. ~

 Salam sayang untuk semua...

Baru lepas membaca posting fb sahabat lama. Terkesima.
Sahabat kehilangan beg yang
berisi dokumen penting keluarga. Tak keruan sahabat dibuatnya. Melayang kekuatan jiwa dan akal katanya. Usai solat, sahabat pasrah berdoa. Kalau lah itu (kehilangan) yang terbaik untuk ku, aku redha. Kuasa ALLAH S.W.T yang Maha Mendengar,  beg yang hilang di 'kembali' juga kepada sahabat. Allahuakbar..


Terimbau beberapa insiden yang hampir sama berlaku. Pernah diuji sakit telinga yang sangattt teruk, hampir terjejas pendengaran. Bukan sehari dua menanggung sakit, berminggu minggu hampir mencecah bulan. Muak makan berulam ubat. Terkadang rasa seperti duduk di dalam gua, segala bunyi kedengaran bergema tapi terkedap.

Bila duduk, telinga berdengung, bila baring, kepala sakit. Serba tak kena rasanya. Sombong dan ego menguasai sabar yang kian menipis. Bukannya berzikir memuji kekuasaan ALLAH tapi omelan menyalahkan takdir jadi siulan umpama nyanyian tak berdendang

..Asyik asyik aku je yang sakit!!!! Mana lah nak tahan macam ni!!! 
Astaghfirullah. Ya ALLAH, ampunkan hamba Mu yang lemah ini :(:(



 Sampai lah suatu masa, bila ALLAH sesungguhnya menguji. Ditarik Nya seketika nikmat pendengaran yang dipinjamkan. Terasa ruang udara kosong sekosongnya, alam sekitar sunyi sesepinya. Perlahan kesedaran menyapa akal fikiran. Terbit keinsafan menyerah diri bermunajat kepada ALLAH..

Ya ALLAH, sekiranya nikmat pendengaran yang Kau pinjamkan ini 
Kau ambil semula, aku REDHA kerana Engkau yang Maha Mengetahui
 apa yang terbaik untuk ku..

Sebak rasanya bila mengenangkan kesukaran anak lelaki ku selama ini. Pendengaran kanannya terjejas dari usia bayi kerana serangan penyakit otitis media. Begini lah agaknya apa yang anak ku rasa. Walaupun hanya sebelah telinga yang terjejas, pendengarannya hanya sejarak 1m sahaja. Kesempurnaan nya dah tidak sama seperti dulu. Dia insan terpilih. Kekurangan pada diri nya adalah ujian untuk aku sabar, redha dan ikhlas menerima seadanya. Bukan menyalahkan takdir semahunya

Apabila kesedaran bangkit, keredhaan pun timbul. Pendengaran yang hilang, ALLAH pulihkan seperti sediakala. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH!!!

Suffering is a gift. In it is hidden mercy, Masha Allah... :'(

Ada kalanya, bila kehidupan kita ditimpa ujian demi ujian. Akan sampai jua ke satu titik, di mana kita akan diam, redha dan pasrah untuk segalanya. Kita ikhlas menerima kerana lillahitaala. Tidak lagi mempersoalkan, kenapa ATAU untuk apa ujian itu diturunkan? ATAU mengapa aku yang diuji?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

"REDHAILAH
segala sesuatu yang Allah bagi kepadamu
engkau pasti menjadi manusia yang paling
CUKUP"

(Diriwayatkan oleh Ahmad At-Tarmidzi)

Redha bukan bermakna tanpa tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh ALLAH


p/s: Sabar dan redha kunci ketenangan

April 28, 2017

~ Masa ~


Assalammua'alaikum ..

Jumaat, 1 Syaaban 1438H.

Salam Syaaban untuk semua. Dari hari ke hari, masa mencemburui kita. Asyik tak cukup masa untuk lakukan banyak perkara. Walaupun 24 jam sehari tidak pernah kurang sesaat pun. Semakin dikejar, semakin pantas ianya berlalu. Pernah terlintas di fikiran, apa kah pinjaman nikmat masa ku dah ditarik ATAU ada kah usia dunia ini yang semakin tua? Allahuakbar....

Al-Asr! Demi Masa !


"Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian; Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran".(Surah Al-Asr,Ayat 1-3)



Indeed. Time is sooo precious. Be purposeful in how you spend your time. Spend it with the right people
 
Bak kata pujangga:

'Masa itu percuma tapi ianya sangat berharga. Tidak mampu dimiliki tapi boleh digunakan. Tidak mampu disimpan tapi boleh dihabiskan. Apabila ianya hilang pasti tidak pernah akan kembali'


Kita yang semakin matang, anak anak semakin dewasa, malah ibubapa semakin berusia. Masa juga akan menjadi saksi kepada
 '5 perkara, sebelum 5 perkara'
#notetoself




p/s: Time is a one time offer, use it well

February 19, 2017

~Coblos dan Libur~

Good morning..!!
hujan itu rahmat
Pagi ni hujan lagi... dihujung minggu kebelakangan ni asyik hujan. Ada rasa sikit kurang sihat, telan paracetemol pun tak hilang sakit. Dah ler program next week banyak lectures dan akan visits ke lab BATAN Serpong dan Yogyakarta. Ya Allah, beri lah kesembuhan..

Rabu lepas warga Jakarta cuti (libur) kerana coblos- election day untuk pemilihan Gabenor DKI Jakarta. So,kitaorang rancang nak jalan jalan di hari cuti tu. Kali ni destinasi nya ke pusat bandar atau kota. Seawal jam 8 dah bersiap nak keluar, semangattt. Our first trip ke Ragunan - Kebun Binatang atau Zoo, nak melawat 'saudara' kata my coursemate :-D ..cadangnya nak naik angkot No.12, tapi dah beberapa yang lalu kita tahan, semuanya kata tak lalu Ragunan... ehh, dah kenapa? so, naiklah GRAB dengan tambang IDR19,000 untuk jarak 5km dari simpang Jalan Wijaya Kusuma ke Ragunan. Sampai je Ragunan... sekali lagi eehh, kenapa lengang ni? ada lah nampak few visitors tengah sibuk bergambar di entrance gate nya termasuk lah kitaorang ni hahaha... Zoo tutup untuk pembersihan rupanya!
tutup untuk pembersihan katanya
posing dgn replika pun boleh la, 45-darjah tu mahal tau :D
Ok, tak apa... next destination kita ke Jakarta Pusat, menuju ke Monas - monumen or tugu lambang keperkasaan perjuangan bangsa Indonesia. Kebetulan bus stop bersebelahan Ragunan aje so... ke kota ke kitaa jomm!! Terus top up isian e-kad busway transjakarta tu sebanyak IDR50,000, mana lah tau kot la nanti banyak tempat nak singgah. Sekitaran lengang sangat, mungkin masih awal lagi atau mungkin juga warga Jakarta masih keluar mengundi. Sempat lagi lah nak posing-posing dalam bas... buat macam bas sendiri ehehe Perjalanan ke pusat bandar pun lancar je. Dari Ragunan ke Monas dalam 16km.  Berbeza sangat antara Jakarta Pusat dan Jakarta Selatan terutama dari segi infrastruktur, umpama masuk ke dua dunia yang berbeza.  

Bila sampai Halte Transjakarta Monas, tengok ramai je pengunjung berlegar di luar kawasan tapi dalamnya lengang je.. hhmmm tutup jugak ke? gigih la  kitaorang cari entrance, semangat berkobar kobar ni nak 'mendaki' tugu Monas katakan... malangnya, Monas pun tutup jugakk. Laahai,  ni baru betul-betul pick up line Maharaja Lawak - pagi-pagi pergi Monas, Monas tutupppp!!  huhu.. takpe lah, belum rezeki nampaknya.
senangnya dalam hati, ini bas makcik yang punya :D
 cantik mural nya
Tugu Monas

Dah semua tutup, kitaorang pun tak tau nak ke mana lagi. Bila tanya pak guard, katanya "lain wisitas juga mungkin tutup ibuk, lagi libur"...kisahnya, wrong timing lah ni. Jalan jalan di hari mengundi, tak sangka macam ni sekali sambutannya. Tak kan nak balik je kan? belum pun habis setengah hari. Dalam tengah ligat fikir plan B, nampak pulak ada beberapa pengunjung tempatan tengah menunggu bas. Intai-intai signboard nya eh?  City Tour laa... sembang- sembang dengan seorang mbak yang peramah, rupanya ada perkhidmatan double decker bus secara gratis (percuma) untuk tour keliling kota. Ini sudah cantikk, kira plan B lah ni. Kitaorang pun join laa tour keliling Jakarta Pusat. Kebetulan bas yang kami naiki tu ada pembantu tour yang menerangkan tempat, bangunan dan tugu bersejarah sepanjang tour duduk pulak di tingkat atas. Boleh ambil gambar dengan selesa.. alhamdulillah
City Tour Bus
tiket layanan gratis (percuma)
Patung Kuda Arjuna Wiwaha - 18 patung kuda mewakili 8 buah patung kuda, 10 buah biasan bayangan kuda
Tugu pahlawan Betawi- Mohamad Husni Thamrin
Patung Selamat Datang
Bas Pink - untuk penumpang wanita sahaja tau!
Leka memerhatikan  pemandangan sekitar, dah terlepas pulak nak captured beberapa tugu bersejarah antaranya Patung Jenderal Sudirman dan Patung Pahlawan. Turun dari City Tour Bus, kami naik transjakarta ke Kota pulak. Niat asalnya nak ke Kota Tua. Bila sampai  Halte Transjakarta Kota, dah berbelah bahagi perasaannya, nak jalan ke, nak makan. Perut pulak dah berbunyi, ye lah time dah hampir jam 2 petag. Kami pun jalan lah dari terminal Transjakarta Kota tu mencari kedai makan yang berdekatan. Lepas makan, sambung berjalan lagi sampai la ke Mangga Dua Mall. Terasa penat juga la sebab berjalan dalam cuaca agak panas. Dari terminal transjakarta Kota ke Mangga Dua, jaraknya dalam 1km. Mangga Dua Mall ni sama seperti Tanah Abang, bangunannya besar, ada wing kiri dan kanan,bertingkat tingkat dan meriah dengan pelbagai jenis jualan. Tapi banyak kedai yang tutup. Kiranya tidak lah sesesak Tanah Abang tempohari. Bahan jualan disini kebanyakannya barang elektronik dan pakaian moden. Kalau pakaian tradisional dan kain pasang banyak di Tanah Abang
Kami study peta jaringan ni nak cari jalan pulang ehe :D
Terminal Transjakarta Kota
Pintu masuk Mangga Dua
Mangga Dua Mall -  luas dan bertingkek tingkek kan :D
Bila dah penat, mood nak bershopping pun ntah ke mana. Memang tak bercadang pun nak beli banyak, nanti susah kena angkut turun naik bas. Adalah beli beberapa helai t-shirt dan sehelai dua pasang telekung untuk kegunaan sendiri. Keluar dari kawasan tu pun dah dalam pukul 4.30 petang. Aduii penatnya rasa nak berpatah semula ke Halte Transjakarta Kota. Dah tak larat nak melangkah ni. Tanya pak polisi yang jaga traffic, dia suggest kami naik Mikrolet diseberang jalan, tambangnya IDR3,000 kalau mahu berjalan lumayan  jauhnya bu. Dari Halte Transjakarta Kota, kami naik bas yang menuju ke Harmoni Central Busway. Transit di terminal Harmoni untuk tukar bas ke Halte Lebak Bulus. 
Credit to Google image - mikrolet

Pelbagai angkot beratur menunggu di luar Mall
Cuaca elok je panas sepanjang hari di Jakarta Pusat. Bila menuju je masuk Jakarta Selatan dah start mendung dan hujan. Jalan pun dah sesak, lebih dari sejam setengah duduk dalam bas. Tiba je kat Halte Lebak Bulus, terus cari angkot No.12 tapi malangnya tak ada. Masa tu dah 7.30 malam. Perancangannya sebelum jam 8am dah boleh sampai rumah. Tunggu lagi, tapi tak juga kunjung tiba. Angkot yang lain dah 2-3 kali ulang-alik dah. Hari tu senang aje, kitaorang keluar dari terminal terus jumpa. Hari ni dah sejam menunggu, tak kan lah tak ada. Dah la hujan semakin lebat ni. Air hujan dah bertakung dekat kawasan terminal tu. Saya ni dah mandi hujan dah. My coursemate agak bernasib baik sebab dia bawak raincoat. Dah tak sabar menunggu, suggest kat coursemate, kita naik teksi je. Ada a fews yang parking kat terminal tu. Sebelum tu kitaorang check rate lah GRABCar sebagai aras perbandingan,dalam IDR20,000. Bila tanya teksi, dia charged IDR75,000. Sikit pun tak nak kurang!! Hhhmm takpelah, kita pun panggil GRAB. Satu hal lah pulak,  kena tunggu lagi sebab GRAB tu diluar kawasan. Time macam ni memang jalan tengah sesak teruk, dekat 30 minit juga lah kena menunggu. Saya dah menggeletar sejuk sebab tudung, baju, kasut semua lencun, tempat berlindung pun takde... tebalkan muka tumpang berteduh bawah payung besar peniaga gorengan di tepi jalanHampir jam 9.00 barulah sampai rumah. Masha Allah penatnya tok reti nak cerita, rasa nak tercabut kaki, lenguh satu badan. Lepas mandi dan minum ala kadar, terus je tidur. Esok nya muka  dah sembap, penat dan ditambah pulak dengan sakit kepala, serangan migrainnn :-((

XOXO

p/s: no pain, no gain  

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails