September 30, 2013

~Cuci Tandas Cara Aku~

Assalammua'alaikum...

Kalau stress biasanya uolls buat apa eh? shopping? makan? tidur? pergi spa?...aku pun buat juga semua tu  tapi ada satu lagi 'hobi pelik' aku time dilanda stress ni. Korang nak tau ke???he he he .... aku suker cuci toilet !!! Senang citer, kalau aku stress aje, toilet aku mesti bersih suci. Kalau toilet bersih aje, aku stress. Sebabnya??? Lepas tu akan kotor balik, dan aku kena cuci balik. Yang tak bestnya, aku sorang aje 'tenaga kerja' yang setia kat toilet rumah aku ni hhuuaaaaaaa......
 
Sebenarnya aku paling menyampah nak cuci tandas. Aku rasa tak adil, guna ramai-ramai, yg membersihkannya aku sorang aje!! Ini tidak adil, tidak adil tau!!! allooo cik kak, adil tak adil....by hook or by crook kena buat la jugak kan? Tak sanggup nak tunggu toilet tu sampai berlumut, berkerak kalau semua pakat-pakat buat tak tau aje.....

Tak suka nak sental sental bagai ni, penattt. Selalunya aku amik jalan mudah aje. Ini pun lepas tengok cara MIL aku buat. Dia amik cecair peluntur tu (tak kisah la brand clorox ke, dobi ke, ghimau ke, janji kotoran tu luntur dengan jayanya), dia jirus terus ke lantai & toilet bowl. Biarkan dalam beberapa jam, then MIL jirus dengan air sehingga hilang semua kotoran yg ada....walllaaa!! Ada lagi jalan mudah sebenarnya, beli je bahan kimia pencuci toilet kat kedai hardware......memang kuat kuasa membersihnya. Silap haribulan, tile pun boleh tanggal!! Aku seram sikit nak pakai bahan kimia tu ....

Pernah cuba cara MIL tapi aku surrender, tak tahan dengan bau cecair peluntur,  menyengat gilerrrr ko. Hidung ku yang tak mancung ni kembang kempis menahan bau. Terbatuk batuk, semacam keracunan la pulak aduihhh....lepas cuci toilet aje mesti pening-pening lalat. Bahaya ni wehh, tak pasal pasal aku yang 'bersih & suci' nanti. Maka....dengan inisiatif sendiri (ayat tak boleh blah he he he) aku pun improvised teknik MIL aku.   Aku amik satu bahagian (contohnya secawan la) cecair peluntur tu, then aku tambah dengan setengah bahagian pencuci lantai yg wangi2 tu dan aku cairkan dengan satu atau dua bahagian air. Faham ke tak ni puan-puan sekaliann?? hehehe.....aku amik sikit2 dan curahkan dekat tempat-tempat yg kotor. Time aku rajin, aku masukkan la bancuhan tadi ke dalam botol semburan. Aku spray kan ke dinding, atas dan bawah sinki, errr mana2 lah tempat yg boleh disembur. Biarkan beberapa jam, lepas tu jirus dengan air bersih2. Kesannya, toilet ku bersih dan wangiiiii, yeeaaaaaa.....senang bukan??


p/s: layan jer laa he he he......

September 26, 2013

~ Kopi-O Satu!! ~

Assalammua'alaikum


Dah breakfast ke? Sarapan apa, uolls minum kopi tak? Aku ni penggemar kopi, sangat-sangat suka minum kopi (kurang sikitttt je dari ketagih hehehe) Kalau sehari tak pekena kopi rasa macam life ku tak lengkap huhuhu. Setakat ni aku masih hadkan tak lebih dari 3 cawan/mug sehari. Cuma agak kurang selesanya, bila ramai kata, kopi punca kepada banyak penyakit. Senang citer, kopi ni memudaratkan kesihatan. Eh betul ke? Aku bukan tak nak percaya tapi prinsip aku mudah aje, apa-apa pun kalau kita ambil dalam jumlah yang berlebihan akan memudaratkan. Minum air kosong berlebihan pun ada kesannya kan? (kalau jumpa artikel pasal ni nanti aku share, ok...)

Sebenarnya nak share satu perkara je, tapi mukadimahnya punya la panjang lebar heh.. Terbaca satu artikel dari majalah kesihatan, menurut kajian saintis luar negara, perempuan yang minum 4 cawan kopi sehari dapat menurunkan risiko depresi sebanyak 20% !! Eh, biar betul !! Sebenarnya, tak la teruja sangat dengan penemuan tu, tapi aku kagum. Kagum, sebab hal ni orang tua kita yang tak well educated dan duduk kat kampung dah tau lama dah. Bukan la tau secara scienctifics tapi aware dengan kelebihannya...tak caya?

Ok, pernah dengar tak macam mana amalan berpantang wanita bersalin zaman dulu-dulu?? Based on cerita Mak aku, dulu-dulu wanita berpantang cuma dibenarkan minum kopi-o je. Atas alasan apa, Mak  takde la pulak citer, cuma Mak kata elok utk kesihatan dalaman. Aku pun takde lah nak bertanya lebih-lebih (tak kan nak paksa gak Mak huraikan. Dah Mak kata bagus terima je lah. Derhaka ooo lawan cakap Mak hehehehe). Kata Mak lagi, bukan tak boleh minum air lain cuma tak sepopular kopi-o. Bila aku baca artikel tu dan relatekan dengan apa yang Mak ceritakan, memang ada hubungkaitnya. Kan ke wanita dalam berpantang ni memang mudah depress, kemurungan posnatum, punca kepada penyakit meroyan etc.. Mungkin sebab tu kopi jadi pilihan, dan sebab itu la jawapan nya "elok untuk kesihatan" kan?

Tapi, aku masih juga nak tau, macam mana eh tok, nenek kita boleh tau kebaikannya kopi-o ni? Dan, pernah tak uolls terfikir, agaknya orang yang buat kajian ni sure merujuk kepada amalan wanita melayu dulu- dulu berpantang kan? he he he he.....apa lah yg aku merepek ni. Apa-apa pun, Masya Allah,  aku betul, betul kagum........no wonder there is a saying "orang tua lebih dulu makan garam".


p/s: tiada dulu, tiada sekarang :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails