February 20, 2012

Hobi Baru


Kebelakangan ni minat nak bercucuk tanam tu timbul pulak. Tetiba jadi bersemangat, semenjak tengok tanaman jiran aku menghijau aje dalam pasu belakang umah dia.Tak pernahnya aku bersemangat mcm ni. Aku serik, tiap kali nak ‘berbudi dengan tanah’ mesti gagal. Pokok bunga yang aku tanam sebelum ni semuanya tak menjadi.  Tabur baja dah, siram pagi-petang pun dah, tetap juga semuanya mati. Nape yer? Kecik ati ai tau. Sejak tu la aku surrender.  Orang tua aku kata, mungkin aku ni jenis yg ‘tangan panas’. Betul ke ada istilah tu ?

Antara tumbuhan yang ada kat rumah akusebelum ni ehhehe malu la ai  nak citer sebenarnya...'baanyaakkk' sangat sampai boleh  kira dengan jari sebelah tangan aje hihihi. Ada la 2 rumpun serai kat belakang rumah. Itupun mak aku yang tanam. Sepohon bunga kertas dan  satu pasu pokok lidah jin@daun lidah mak mertua kat depan laman rumah aku. Itu pun semua hasil tanaman mak aku . Dah lama dah  pokok2 tu. Sejak aku berpindah masuk rumah ni dulu. Kesiannn mak, susah payah bawak anak pokok dari kampung, naik kapal terbang lagi tau!! Punya lah nak suh anak dia ni bercucuk tanam, nak bagi hijau laman rumah tapi yang ado huhuhuhu..

Apa2 pun kali ni aku nekad. Minggu lepas aku suh (paksa sebenarnya) suami belikan anak-anak pokok herba di Taman Pertanian Universiti-UPM. Pesan kat dia suh carikan pokok yang jenis senang hidup, tak susah nak jaga….haaa demand tuu! …. kena faham la kan?  isteri dia ni bukannya pandai dan rajin sgt  dalam bab ni. Hari tu suami beli anak pokok limau kasturi, lidah buaya, pudina dan pandan. Ok la kan?….sebagai permulaan untuk projek mini garden ku kali yang ke-xx ni hihihi
anak-anak pokok ku tgh ber'posing' hihi....
Sabtu lepas aku dah pindahkan semua anak-anak pokok dari polybag ke pasu-pasu yang ada. Amacam, 'comel' tak? Harap2nya percubaan kali ini berjaya lah hendaknya ye... aamiinnn. Kalau masih tak berjaya jugak hhmmmm ….. aku kena cari hobi lain la pulak untuk layan time stress nanti heh :P
 Image and video hosting by TinyPic

February 14, 2012

Aku Bermimpi ...Eeuuwwww!

Malam tadi kan...ehh bukan malam sangat pun. Dah nak subuh rasanya, aku bermimpi. Mimpi ni biasalah, mainan tidur je kan? tapi eeeeeeeeiiiii aku tak kira….. aku nak citer juga. Sebab aku tak suka dengan mimpi aku kali ni. Kenapa la benda alah tu boleh jadi ‘main actor’ kali ni. Banyak lagi benda comel  ke, hensem ke...macam hello kitty ke, keanu reeve ke, angry birds ke ni tak....  dia juga yang nak jadi hero hisshhh.

Sampai ke saat aku posting entry ni pun still boleh rasa geli geleman. Terbayang2 ‘aksi’ tak semenggahnya…..eeuuuwww tak best sungguh!! Benci, tak suka.....aku nak citer pun geli. Aku mimpi ULAT BUAH, ok! Ulat yang macam ni la ....
Sihat gemuk pulak tu eeeeuuuuuuuuwww. Aku tak suka, tak suka….geli ooiii!! Loya rasa tekak ni... ulat  buah gemuk kaler putih-perang tu boleh pulak terkuit-kuit keluar dari mata aku  hahhh!!! DIULANGI.....keluar dari mata aku yucckkksss!!! Kau kejamm le ulat. Buat aku rasa geli, loya dan pening…eeeiiiiiiiiii

 Image and video hosting by TinyPic

February 13, 2012

Kekuasaan 3 Patah Perkataan

Selalunya bila gosok baju, aku akan layan lagu2 di radio dalam ‘bilik operasi’ ku itu. Pagi tadi terdengar DJ dok sembang pasal  3 Patah Perkataan. Menarik (bagi aku lah)!! Tak pasal2 aku termenung sekejap masa menggosok tadi. Err sat, chup... 3 patah perkataan kat sini bukan merujuk perkataan #$%@ yang tu, tapi perkataan yang elok, sopan dan positif aje tau.

“Saya Minta Maaf”, “I Love You”, “I Miss You”, “Saya Menghargai Awak”, “Do Your Best”... camne? May sound too cliché but how often do we say those 3 words per day? Sebulan? Setahun? Dalam novel, drama/filem , kartun memang banyak la. Nak buat camne, dah tentu ada penulis skrip yang diamanahkan untuk itu :) But, in our real life…?

Memang ada yang praktis kan tapi aku yakin tak ramai mana pun, termasuklah aku ni (aku pandai tulis aje kot) heh heh...  3 patah perkataan tu mmg mudah, ringkas tapi kenapa jadi susah dan berat bila nak diucapkan? Nape erk? Kadang2 tu sebab kita malas je kan ?

 “Alaa, aku tak cakap “aku minta maaf” pun tak apa, dia dah jadi BFF aku. Surely dia tak kecik hati dgn aku lah”.

“Mengadalah kau ni! Interview pun nak nervous. English kau berabuk. Goreng aje la !”

“Malas la nak cakap “I love you” hari-hari, bosan lah. Confirm dia dah faham lah tu !”

See? Kita tak pernah ambil peduli pun ‘kekuasaan’ 3 patah perkataan tu. Bukannya susah mana pun nak kata “saya minta maaf” bila dah buat salah. Or "Do your best” pada kawan yang tengah menggelabah nak pergi temuduga. Sekurang2 nya kita bantu dia untuk boost up keyakinannya. Tak pun,  ungkapan “I love you” pada ibubapa, pada anak2, pada soul mate kita setiap hari, atau mungkin kepada someone special yang sepatutnya dah lama menerima ungkapan tu hhmmm ... alahai, tetiba lak aku teringat kat Movie Kuch-Kuch Hota Hai kelmarin. Heh.. :P

“HAPPINESS IS WHEN WHAT YOU THINK, WHAT YOU SAY, AND WHAT YOU DO ARE IN HARMONY

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails