Salam semua. I’m back ...!! Back to school ehehe.Now aku dah tukar status seorang pelajar. Alhamdulillah, aku dah selamat mendaftar di Pusat Pengajian Siswazah UKM pada 06.09.2011. Makkk aihh …giler skema aku rasa bila dah jadi pelajar ni ahakkks. Selepas 15 thn berhijrah ke alam 'penggajian', dan sekarang aku kembali ke alam pengajian. Dan aku antara pelajar ‘bukan remaja’ yg mendaftar hari tu ehehe…hallaaa ku tak kisah pun.Yang penting aku teramat bersyukur dengan apa yang dikurniakan dan bangga dengan apa yg aku lakukan untuk diri ku. Walaupun tersasar dari apa yg dirancangkan, yelah…kita hanya merancang tapi DIA yang menentukan. Aku percaya semuanya dah tertulis dan pasti ada hikmah di sebaliknya . Redha, terima seadanya.... berharap apa yang aku cita-citakan selama ini pasti akan tercapai, InsyaALLAH. Semoga semuanya dipermudahkan Allah S.W.T.
September 15, 2011
September 12, 2011
Final Destination
Sejak 'pemergian' jiran ku, aku jadi slightly pendiam dan banyak berfikir. Nak kata terkejut, mungkin juga aku terkejut. Nak kata tak percaya pun, ya…mungkin aku susah nak percaya. Terkesan sungguh rasanya dengan apa yang berlaku. Semuanya berlaku tanpa dijangka. Pergi nya atas urusan kerja tapi kembali nya cuma sekujur jasad yang tak bernyawa. Pergi nya beliau meninggalkan keluarga tanpa pesan, meninggalkan anak-anak yang masih kecil, masih mentah untuk memahami apa yang berlaku. 2 daripada 3 orang anak arwah seusia anak-anak ku.
Ya... mati itu pasti, itu yang kita harus percaya. Dah tentu takde yang kekal di dunia ni selain Allah SWT. Bukan aku menidakkan janji Allah yang satu itu... cuma aku seolah baru tersedar dari mimpi… mimpi yg tak berpenghujung yang aku cipta sendiri selama ini. Aku masih ada ayah, ibu, atuk, nenek, suami, adik-beradik, anak-anak , makcik, pakcik, sepupu sepapat yang sgt2 aku sayangi, alhamdulillah syukur padaMu Ya Allah. Memberi aku peluang hidup bersama mereka selama 37 tahun. Bukan aku tak pernah kehilangan kawan2, seingat aku dah hampir 10 orang kawan seusia ku pergi kerana sakit, eksiden etc. Cuma kali ini penerimaan ku agak berlainan sikit, sungguh2 terkesan. Mungkin kerana arwah ni antara jiran terawal yang kami sekeluarga kenal. Mungkin juga kerana sikap periang dan mesra arwah. Mungkin juga simpati kerana arwah anak yatim piatu, abang sulung yang bertanggungjawab menjadi tonggak keluarganya ....mungkin itu, mungkin ini....wallahualam. Yang pasti..... sejak pemergian arwah aku kerap bertanya pada diri sendiri what if salah seorang ahli keluarga ku meninggalkan aku seperti ini? What if, aku yang meninggalkan keluarga ku? Bersedia kah aku? Cukup kah persediaan ku? Bagaimana dengan anak-anak ku? Allahuakbar…rasanya aku belum pasti kuat untuk menghadapi dugaan seberat itu. Usahkan nak berdepan dengan situasi sebenar, nak membayangkan nya pun aku belum mampu. Aku tak nak bayangkan segala kemungkinan yang akan berlaku. Biarlah...
Aku mmg kagum dengan kekuatan dan ketabahan sahabatku Ayu, sebagai seorang isteri yg menghadapi saat sukar dan dugaan seberat ini. Juga... sebagai ibu yg perlu berdepan dengan anak2 yg bertanya ‘mama, bila abah nak balik?’ Sedangkan aku?…..cuma jiran yang mungkin pernah bertegur sapa sesekali, juga amat merasa kehilangan arwah. Masih terbayang kelibat arwah menyiram tanaman nya membersihkan halamannya , 'memandikan' pokok2 bunga nya setiap pagi sebelum bersahur ramadhan yg lepas, setiap petang berbasikal sekeliling taman bersama anak-anak nya... Sebak rasanya bila terdengar suara anak2nya menangis setiap hari tanpa penat kerana rindukan kepulangan arwah abah nya, sayu rasa hati bila mendengar cerita Ayu anaknya kerap bertanya ‘abah nak balik ya ?’ saban kali majlis tahlil di adakan. Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim, Kau bagi lah kekuatan, Kau kurniakan ketabahan di jiwa anak –anak kecil itu. Moga setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya untuk arwah dan keluarga. Amin Ya Rabal Alamin
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Kapan tiba ajalku…
Ku akan memohon tuhan tolong panjangkan umurku…
Andai ku tahu…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Kapan tiba masaku…
Ku akan memohon tuhan jangan kau ambil nyawaku…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Andai ku tahu…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Malaikatmu kan menjemputku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Aku manusia yang takut neraka…
Namun aku juga tak pantas disurga…
Andai ku tahu….
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
Kapan tiba ajalku…
Izinkan aku mengucap kata taubat padamu…
Aku takut akan semua dosa dosaku…
Aku takut dosa yg terus membayangiku…
Ampuni aku dari segala dosa dosaku…
Ampuni aku menangis ku bertaubat padamu…
...andainya kita semua tahu kan???
September 6, 2011
Takziah Ayu ..
Takziah untuk Ayu, jiran oshanira di atas kepulangan suami tersayang ke rahmatullah awal pagi tadi. Moga Allah mengampunkan dosa-dosanya, di cucuri rahmat ke atas rohnya, dan di tempatkan bersama golongan hamba-hambanya yang beriman.
Berat mata kami memandang, berat lagi bahu mu memikul. Moga Ayu dan anak-anak tabah mengharungi hari-hari mendatang tanpanya.
Al Fatihah buat allahyarham Mohamad Jamadi Atan....
Subscribe to:
Posts (Atom)