September 27, 2010

~Mochi~

Salam semua...dah makan? Makan ape? Ada jamuan raya lagi ke? Bestnyer uollss....jeless ai tau!! takpe, takpe....part tak bestnya plak bila diet pun tah ke mana kan?  (saje je ku cakap camni, sbb jeles takleh join uolls gi open house, boleh gitu??.....ngeeeee)
Ok, ok ...sekrg aku serious. Hari ni aje,  2-3 org kwn dh ngadu pasal diet ni. Diet  masing2 dah 'terjunam' ke laut. Mana tak nya, bulan posa turun 2kg, tapi lepas raya naik pulak 5kg, camne tu? Bukannya wal hasil balik asal lagi dahhh ....bertambah!! ni semer penangan 'open house'  ler katanya hhmm takpe lah tu, redho jer sis..... setahun sekali (ayat penyedap hati) ekekekek. Chup, chup!! Kita wat tak tau jer lah dgn masalah berat ni...aku sendiri pun ‘bosar’ gak masalahnya ngeh ngeh ngeh. Apa nak buat kan?...'spare tyre' tu semer sayang bangettt ngan aku AHAKSS!!!
N3 kali ni aku nak citer pasal mochi. Semenjak dua menjak ni, aku suka sgt makan mochi ni tau!! Ni Ms J ler ngajor nya ni....haiippp, ni nak marah aku ni !! ehehe.....tapi tak rugi tau kenal si mochi ni, sedappp.  Apa sebenarnya mochi ni?  Meh aku citer....tersebut lah kisahhhhhh di sebuaahhhh negaraaaaaaa....ehehehe Mochi ni adalah sejenis kuih pulut tradisional Jepun. Rasanya lebih kurang macam kuih koci, tapi takde lah 'se' lemak dan 'se' liat cik koci tu….(uolls boleh bayang ke tak ni?? boleh ke tak?....alerr buat2 boleh jer lah)  Ada byk jenis mocha ni sebenarnya tapi yg buat mochi ni meriah sbb warnanya,  ada  kaler pink, putih, hijau,kuning, purple, jernih...senang citer, memang cantik lah!
Kat bawah ni ada beberapa gambar mochi yg aku pinjam dari ‘pakcik’ google utk dikongsikan bersama. Ada Warabi Mochi (hampir serupa cam ambuyat) , biasanya dimakan dengan Kinoku (tepung kacang soya panggang), dango mochi (bebola tepung pulut) yang dihidang dengan sos soyu (kuah/sira soya yang pekat dan manis) atau  matcha dango (bebola tepung pulut berperisa teh hijau) yang biasanya dimakan dengan aiskrim dan pes kacang merah.  Sapa penggemar green tea tu, boleh lah cuba matcha dango. Dango ni pun sebahagian dari mochi, lebih kurang sepupu mochi ni. Feveret aku lak.....simple je taste aku , mochi yang berintikan pes kacang merah oishii tau!!
 Warabi mochi dengan Kinoku dan kuah soyu pekat manis
Matcha dango (matcha~green tea)
Dango yang dihidang dengan aiskrim dan pes kacang merah (tokachi)
 Mitarashi dango disalut dengan sira soyu
 mochi dengan inti kacang merah
(walaupun kurang comel ropanya....totap faveret aku ni!!)
Oklah uolls, dah jamu mata dengan mochi dan dango  ni kan? Kita jumpa lagi di lain N3 yer? Bye....

September 9, 2010

~ Selamat datang Syawal... ~


Assalammua'alaikum semua..

Ada kalanya

MATA ku tersalah lihat,
TELINGA ku tersilap dengar,
MULUT ku terlanjur bicara,
HATI ku tersalah duga,
GERAK ku terpincang laku,

Sempena  Syawal yang mulia ini.....
  
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN


ikhlas tapi jauh....

~ Perginya Ramadhan... ~


Tepat jam 5.56 petang tadi, waktu maghrib di Tokai-mura...puasa yang terakhir untuk Ramadhan kali ini, bulan yang mulia, penuh kerahmatan. Bulan yang mana pintu-pintu neraka ditutup dan pintu-pintu syurga dibuka seluas-luasnya ini ...dah pun meninggalkan kita…sedih pulak rasanya.
Mungkin kah masih ada peluang untuk bertemu Ramadhan lagi ? Moga dengan izinNya. Amin Ya Rabil Alamin
Selamat jalan Ramadhan……

September 4, 2010

Citer Pagi Sabtu


Pagi semua... sahur apa tadi erk?? Awal betul aku ber’siaran’ hari ni...ehehe...kebiasaannya lepas subuh di pagi hujung minggu camni aku  akan lelap balik. Tapi agaknya malam tadi dah tido awal...dan  mata ni pun dah tau  limit rehat dia...tak faham-faham ehehe.
Uolls buat apa hari ni?  Sure banyak kerja nak buat tu. Aku ni dah ler takde apa-apa plan pun hari ni...tak tau nak buat apa lagi...clueless. Baru jer balik dari wat laundry... sambil2 tu apa ku nak buat lagi ni erk? Buat bodo jer ....lalalala
Kalau kat rumah, dah tentu sibuk  ni, yang pasti aku dan keluarga akan kemas rumah. Mama dengan penyapu nya, Ayah dengan mop nya, Raqib dengan feather duster nya, Auni dengan towel basah nya....semer ada peranan utk ......ganyang satu rumah!!! Yerlah.....kan 3 atau 4 hari lagi nak menyambut 1 Syawal.
Kalau giliran beraya kat kampung aku di Sarawak...ku akan pack sesiap semua brg kitaorang dengan buah tangan yg nak di bawak. Seronok bukan main...berlawan2 sesama adik beradik, sapa yg akan sampai dulu. Masing2 pun jarang-jarang dapat balik dan berkumpul, seminggu cuti pun rasa tak cukup. Kebiasaannya hanya aku dan anak2 je yang balik dulu. Lepas raya ke-3 atau ke-4 baru lah hubby menyusul.

Bila giliran raya di kampung suami plak, brg2 kami tetap kena pack  jugak tapi selalunya  last minute sebab kampung suami ku dekat aje. Kampung Datuk Keramat...orang kata.. kampung di tengah bandar hhmm kebiasaannya lepas buka puasa terakhir tu baru ler kami ke sana.. Time tu highway dah tak sesak sangat.....
Sambil-sambil tu sure singgah kat masjid untuk bayar zakat. Anak-anak aku suka sangat time bayar zakat ni, berebut2 dengan ayahnya nak salam dgn tok amil tu , kalu boleh....derang nak cium tangan tok amil tu... huhuhu syahdunya. Rasa cam nak terbang balik jumpa derang semer laa. Dah ler malam tadi anak bujang ku tanya…mama tak boleh balik sekejap ke? 1-2 hari ke? kami nak jumpa mamaaa..sob, sob, sob rasa tersiat-siat jantung  ni . Hhhmmmm kalau dilayan perasaan ni, lain pulak jadinya nanti..isk, isk, isk..
Minta diri dulu...jumpa lagi di lain entry. Salam hujung minggu dan selamat berpuasa. Wassalam

September 3, 2010

Aku dan Basikal...


Assalammua’alaikum semua, salam Jumaat.  Lagi seminggu nak raya, dah siap semua persediaan untuk raya? Baju, tudung, songkok, kasut, biskut, kerepek raya semer dah beli ke? Aku takde semangat nak raya tahun ni…..takpelah, tahun depan insha-Allah.
Best tak tajuk entry kali ni?...ala-ala tajuk telenovela kan? Ha ha ha...tau takper...sbb pelakon utamanya ‘aku’…dan pelakon pembantunya cik ‘basikal’ a.k.a ‘beskal’....EERRR, sebenarnya aku dah tak reti tunggang beskal ni…ALERR mula ler tu! Gelak kan aku tak baik tau! Mesti ada yg gelak guling2 ni sbb benda simple camtu pun aku tak boleh. Budak kecik pun  reti bawak beskal!!
Sebenarnya aku penah bawak beskal...tapi zaman anak dara sunti dulu lerr. Time cuti sekolah, balik je dari asrama dpt ler merasa main beskal ni. Baru je nak tunjuk skill rempit ehehe...  family aku plak berpindah ke bandar lain ... jadi beskal kesayangan aku tu ayah tinggalkan je kat situ. Since that aku pun tak berkawan ler dgn cik beskal ni sampai ler sekarang... sob, sob, sob...sedih citer ni. Time flies so fast,  bak kata jiran sekampung aku ahakss....gedebak-gedebuk  rupanya dah 21 tahun aku tak naik beskal!!! Patut ler kejung  semua urat sendi, kaki tangan aku ni bila mula nak ber’kawan' balik dgn cik beskal ni…..langsung aku tak boleh…..adoyyaaaaiii parah!! Rasa nak marah pun ada…..nak marah kat sapa? Since that, aku pun nekad ...pelan-pelan praktis sensorang. Selepas subuh…ha ha ha….sbb tak bagi orang nampak.
Kalau nak kira malu, mmg aku mmaaaluuu sgt…yer ler dah kertu2 ni jatuh tertungging… terduduk…terbabas…..langgar pokok bunga (mujur kat jepun ni takde ampaian cam kat kg)…..bawak beskal pun macam org mabuk, terhuyung hayang  huhuhu tapi kalau nak layankan malu tu sgt, sampai ke sudah ler jawabnya tak akan pandai, ye tak?? Jadi sekrg ni tutup mata, pekakkan telinga.  BIarlah orang nak cakap apa pun, janji aku boleh betul2  pandai bawak beskal ni nanti. Sakit tu lain citer lah..aku tak kisah sgt pun...biasalah ‘no pain, no gain’. Kalau nak kira sakit semer tu, bak kata mak aku ...mmg tak beranak ler semua orang pompuan ni...haaa jgn tak tau, lembut2 mak aku tu, ada brutalnya gak!!
Cuma aku perasan… bila dah kertu nii …nak mula biasakan diri dgn benda camni...adoyaii cam ada satu perasaan lain macam ...err camner nak explain eh? Seolah2 kita jadi terlalu berhati2 mungkin sbb kita byk fikir kot ... yerlah,  karang jatuh, terseliuh, terpeleot sapa yg susah? tak pun... karang terlanggar keta, terlibas org yg tak ‘bersalah’, terbabas tgh jalan....tak pasal2 lak kena maki, silap2 kena saman haaa...benda2 cam tu ler kan? ...rasa time budak2 dulu... tak terfikir pun semua tu....main redahh aje, bila jatuh, tau melalak , sapu ubat... pastu sambung main balik. Hepi jer kan? Elok jer...iissshh....aku rasa cam nak balik zaman dolu2 ler. Bukan nak fikir sangat pun ... tapi automatik ada dlm kepala ni.
Walau apa pun ...kali ni aku nekad ....betul2 aku nak biasakan diri dgn cik beskal ni. Alang2 dh sampai tahap ni....akan terus berusaha…hhmm mula berkobar2 semangat ni ....maklum ler baru jer sambut Hari Kemerdekaan kan?
Aku terhutang budi dgn Mr T and Ms J...sabarrr je derang meneman aku yg terhegeh2 bwk beskal ni, bawak beskal macam orang mabuk..... menaikkan semangat untuk teruskan latihan ni.  Sorang lagi supporter… Ms S. Tak abis2 bagi kata peransang ‘u can do it, just like I did’….sampai aku cilok beskal dia ptg ni ha ha ha sbb aku nak amik aura semangat ‘just like she did’ dia tu ...hihih... mujur dia tak marah.
Oklah uolls, …..doakan yang terbaik untuk aku yer…..WASSALA M




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails