November 4, 2018

~ A Rainbow After The Rain ~



  Assalammua'alaikum wbt

really not so rajin ni, but feel like updating...
Moga catatan/story kat blogs ini akan jadi kenangan anak anak mama suatu masa nanti..

A year ago, dua peristiwa sedih happened in my family. Difficult for me to forget that date -21/10/2018, umpama 'tragedi oktober' buat aku dan family. Tragedi... where my lovely dad (bapak) kena serangan major stroke berpunca dari pendarahan di otaknya, dan 8 hari kemudian, my grandmother (maknek) pula pergi untuk selamanya. Terasa kehilangan sangat. Everything had happened so fast that I sometimes can't take it all in. Till to this day, I still can't move on, masih trauma. Sometimes boleh terjaga dari tidur dan terasa macam bermimpi. Why? Am I not pleased dengan takdir?? Takkk... aku redha dengan ketentuanNYA. Cumanya aku pun manusia biasa, bukan mudah nak melupakan sepenuhnya....

Since that, bapak has become a bedridden patient, lumpuh separuh badan. Dah tak mampu nak bangun dan bergerak, tak boleh bercakap (suara langsung tak ada), tak dapat makan secara normal, hanya susu khas dan air bubur saja yang dilalukan ke saluran tiub terus masuk ke perut for his nutrient and of course, energy. And to make thing worst, bapak dah tak kenal sesiapa pun termasuk lah mak. Kami jadi orang asing di mata bapak. Memori bapak dah semakin degrades, selari dengan kemerosotan kesihatannya

Masih teringat my last telephone conversation with bapak on 14/10/2017 - seminggu sebelum kejadian. Pesan bapak, 'Onie balik ya bulan depan (November) nanti. Onie mohon lah cuti awal awal, bantu mak uruskan majlis adik. Adik dah nak kahwin tu' .. itu lah suara bapak yang TERAKHIR aku dengar :'(( Kalau lah aku tau itu yang terakhir, pasti aku akan bersembang sampai habis kredit. Mujur lah juga aku gagah diri teruskan bersembang walaupun masa tu tengah menahan sakit perut yang amat sangat. Kalau tak, sampai bila bila aku surely rasa bersalah. Seminggu kemudian, awal pagi 21/10/2017, aku terima text whatsapps dari adik di kampung, 'Kak, jangan risau ya. Cuma nak bagitau, bapak rebah selepas mandi dan sekarang meracau'. Bapak di masukkan ke wad kecemasan Hospital Bintulu. Doktor mengesahkan ada pendarahan dalam otak bapak dan pembedahan  perlu dilakukan, segera... Allahuu :((


12/09/2017- Kenangan sambutan hari lahir bapak ke-68 bersama aku dan anak anak. Berpuluh tahun aku tunggu saat ni, Alhamdulillah, Allah makbul kan..

22/10/2017 - Sehari selepas bapak jalani operation, muka bapak membengkak dan susah bernafas. Time ni bapak masih boleh kenal kami semua 

Arwah maknek pula masih sihat ketika itu. Arwah sempat bersama sama accompanied bapak yang diusung masuk ambulan dan menunggu di luar wad kecemasan sehingga lah 9 hours later, bapak dipindahkan ke Hospital Sibu (about 4 hours perjalanan from my hometown, Bintulu) for immediate neuro operation. By the time ambulance reached Hospital Sibu, the leakage of blood was already about 80ml (menurut specialist yang merawat bapak). Alhamdulillah, the operation succeeded but with some complications. Bapak was warded in ICU for 4 days. To make story short, after 4 days of intensive treatment, bapak was dicharged to neuro ward.
Baru je kami mula nak relieved sikit, received another shocking news - maknek di Bintulu suddenly collapsed and her heart's getting weaker. Mulanya maknek cuma sakit perut berpunca dari mild diarrhea je. Mungkin dah tertulis takdirnya, sakit perut itu hanya lah asbab. Jantung maknek jadi lemah dan semakin lemah sehingga lah terpaksa 'ditidurkan' untuk berehat sementara. After barely 4 days of bertarung nyawa, on 2.00 am 29/10/2017 arwah nenek pergi dalam keadaan koma. Aku pada masa tu, baru je balik rumah (Bangi) tak sampai pun 3 jam. Bila dapat berita, terus decided nak cari first flight in the morning untuk balik ke Sarawak semula. Coincidently, pada pagi tarikh yang sama juga bapak diuruskan perpindahanya ke Hospital Bintulu untuk rawatan lanjut.

Bayangkan, keadaan kami yang sangat kelam kabut, especially mak lah yang paling terkesan. Menghadapi 2 insiden besar dalam satu masa, di depan mata nya di sini suami  tengah tenat, dan di kampung sana bonda pula meninggal dunia. Kesian mak :'(( Dalam banyak hal, there's one thing that really broke my heart - arwah maknek ni sempat kirimkan air bacaan yasin untuk bapak sebelum paginya dia sendiri collapsed... tiapkali aku ingat hal tu, mesti menitis airmata ni. Dan sampai ke hari ni, rasanya bapak masih tak tau yang mertua nya (maknek) dah tak ada... :(( Al Fatihah untuk mu maknek- Hajjah Patimah Binti Haji Abdul Rahman Kenai. Terima kasih untuk segalanya
27/10/2017- Paknek yang setia menemani maknek tengah koma. Aku tak berpeluang jumpa arwah di saat-saat terakhir ni :'((

6/07/2016 - Kenangan Hari Raya dan gambar terakhir bersama arwah maknek. Manisnya senyuman maknek..
29/10/2018 - setahun kemudian, dalam suasana family members were sibuk reminding each other (via whatsapps and instagram) to sedekah and recite surah Al Fatihah to arwah maknek, sambil recalling those sad memories occured to both bapak and arwah arwah maknek a year ago... aku yang jauh di Bangi ni, terpaksa simpan ketat ketat dalam hati perasaan sayu tu. I was too busy preparing all those incomplete task (posters, presentation, display samples, gift etc.) for the innovation competition (Hari Inovasi 2018) yang berlangsung from 30/10/2018 until 2/11/2018. Maklumlah, penyertaan pertama kali, selepas 16 tahun berkhidmat...better late than never, kan :)
30/10/2018 -Sesi Penilaian Juri Hari Inovasi 2018
30/10/2018 - Booth C7 Hari Inovasi 2018
Sekali lagi, diuji olehNYA (siapa kita untuk menolak), terpaksa menghadapi masalah kekurangan bantuan ahli kumpulan. Asalnya ahli kumpulan ramai, ada 8 orang kesemuanya. Bila mana two of my team members were on medical leave (M.C.), another two pula ditugaskan untuk menerima pelawat di makmal alat masing masing, lagi dua orang ahli kumpulan dah berpindah ke bahagian dan jabatan lain sebaik saja permohonan untuk pertandingan ini di terima. Yang tinggal hanya aku with a very junior one to prepare lots of thing prior to that competition day. Aku tak lena tidur 2-3 malam. Dari siang bawa ke malam aku siapkan semuanya sendiri. Aku buat setakat mana yang mampu dan sempat je, akhirnya aku tawakal. Ada rezeki dariNYa, adalah... langsung tak mengharap lebih.

2/11/2018 - Mineral Team of Material Technology Group

2/11/2018 - Pingat Emas Hari Inovasi 2018
2/11/2018-Anugerah Saintis Nuklear
2/11/2018 - would be another unforgettable moment, menjadi antara kenangan yang terindah untuk aku, mungkin. Team kecil aku telah menerima pingat EMAS dalam pertandingan inovasi dan aku menerima Anugerah Saintis Nuklear 2018, Alhamdulillah syukur YA ALLAH... sesungguhnya benar Kau turunkan pelangi selepas hujan. Bercampur baur perasaan aku time tu. Dalam aku bersyukur di atas rahmat ALLAH , aku tetap rasa sedih. Sebab nya? Aku teringinnnn sangat nak kongsikan moment seperti ini dengan bapak. Aku rindu nak dengar ucapan tahniah dan ayat pembakar semangat dari bapak yang seperti biasa ' Onie boleh Nie, bapak percaya Onie boleh, jangan risau'... Bapak, hanya ALLAH yang mengetahui, How I wish I could turn back time and just talk to you again. I really miss you bapak, sembuh lah bapak seperti sedia kala Aamiin Ya Robb... :'((

you will always in my prayer, bapak


August 17, 2018

~ Bits of Random ~

Assalammua'alaikum wbt

OMG!!! I just realized that my last post was in May 2017. Maknanya, dah setahun lebih juga saya tak menulis. Bukannya tak ingat pasal blog ni, betul betul tak berkesempatan. Terlalu banyak cerita yang nak dikongsikan, apa kan daya. Nanti lah, saya laraskan dulu my momentum, to recall and gather apa-apa yang dah berlaku sepanjang tempoh 'berehat' setahun tu - dari ayah kena serangan strok dan sekarang menjadi bedridden patient at home, dengan pemergian nenek tercinta sewaktu ayah di ICU, diikuti pula  walimatul urus adik lelaki bongsu yang terpaksa ditunda,  .... so on and so for...

Tahun ni pun agak sibuk sikit. Nak ke luar daerah atas urusan kerja pun terpaksa ditangguhkan dulu. Kedua dua buah hati saya akan menduduki peperiksaan UPSR dan PT3. Dengan series of kelas tambahan, kerja kursus,  latihan gerak gempur , percubaan dan sebagainya... pengsan!!

Semoga Allah permudahkan urusan anakanda berdua, moga anak anak mama sentiasa berjaya di dunia hingga ke akhirat

2010 - Abang Darjah 1, Adik Tadika
2018 - Abang Tingkatan 3, Adik Darjah 6
Rindunya pada dua orang budak comel berpipi pau tu ehehe.. pipi pau tu nak ke mana tu?? Dulu kerja nya menghimpit mama 24jam. Tidurnya nak sebelah mama je, yang seorang pegang tangan mama, yang seorang lagi 'parking' kaki atas badan mama... aduihh, tak bagi mama ke mana mana lah tu. Nak masuk bilik air pun tak boleh lebih dari 5 minit. Nanti ada lah yang datang mengetuk & tanya 'mama kat dalam ye?' hehehehe .. sekarang ni kedua duanya dah remaja. Pejam-celik, pejam-celik mama dan ayah nya pun dah semakin berusia. How time flies so fast. I miss those moments

 p/s: .. time flies, but not memories..

May 5, 2017

~ Pulut Kuning Tanak ~

Salam Jumaat :)
Pulut kuning sambal bilis bekal ke pejabat
Masih dalam mood memasak B-)... pagi ni bangkit awal sikit sebab nak tanak pulut kuning. Dua hari lepas dah berjanji dengan officemate, nak sarapan pulut kuning sama sama. Sedap kalau makan dengan sambal bilis katanya

 Ini cubaan kali kedua masak pulut kuning cara macam tanak nasi. Sebelum ni, kalau masak pulut memang saya buat cara kukus. Cara tu jer pun yang nenek saya pernah ajar. Agak sedikit renyah lah kerjanya. Selepas kukus kena keluarkan dari periuk kukus dan gaulkan dengan pati santan, dan dikukus lagi sekali. Tambahan pula, selalunya tak berapa rajin nak keluar dan bersihkan periuk kukus. Tu sebabnya, setahun sekali bila raya, baru lah gigih saya nak buat pulut kuning ni

Kebetulan minggu lepas anak bujang balik bercuti. Dia ni penggemar pulut macam saya juga.Bila ada geng makan, jadi seronok lah sikit nak mencuba. Nak masak cara express lah sebab nak buat sarapan je. Saya pun mencuba lah versi tanak ni. Bila google rupanya dah ramai yang buat. Sayangnya hampir semua menggunakan rice cooker. Saya teringin nak masak dalam periuk. I ni kan old school type ...takpe, kita yang buat dia kan?

Bila first attempt menjadi. Ya Allah seronoknya. Alhamdulillah. Rupa rupanya mudah aje. Kalau lah saya tau, dah lama buat pulut cara tanak ni. Tak ada lah  menunggu raya baru nak makan pulut kuning kan? huhuhuhu
 
Pulut Kuning Tanak
2 cawan beras pulut
2 cawan santan (saya bancuh 1 cawan pekat+1 cawan air)
 1 sudu besar minyak masak (saya pakai olive oil)
1 sudu teh gula
1/2 sudu teh garam
 Daun pandan

Cara:
1. Beras pulut di cuci dan direndam dengan bancuhan serbuk kunyit dan asam keping (supaya pulut cantik berkilat) selama 30minit saja
2. Setelah 30minit, toskan beras pulut tadi dan masukkan ke dalam periuk
3. Tuangkan santan dan masukkan gula, garam serta minyak. Daun pandan saya simpulkan dan dimasukkan sekali
4. Hidupkan api, dan biarkan santan hingga mendidih.
5. Apabila santan hampir kering, gaul perlahan pulut separuh masak itu
6. Kecilkan api dan tutup tudung periuk. Teruskan memasak selama 5-7minit
7. Jika pulut masih belum masak sepenuhnya, masukkan sedikit air panas anggaran 2-3 sudu besar dan biarkan lagi dalam 5 minit.
8. Gaulkan pulut yang sudah masak elok, matikan api. Sedia untuk di hidang, dan makan bersama rendang daging/ayam ataupun sambal bilis

p/s: ..get excited and make things happen!!

May 3, 2017

~ Kacang Kuda Bertumis Kari ~



 


Eh eh ? boleh pulak posing senget senget si kacang  kuda (KK) ni. Poyo lah kau ni KK. Mentang mentang dah bersalut kari hehehe

Dari semalam dah, teringin sangat nak makan kacang kuda. Tapi kali ni terasa nak yang pedas pedas sikit. Biasanya, saya rebus letak garam je. Sesekali letak gula juga bagi kacang kuda yang direbus ada rasa lemak manis dan masinnya.

Kali ni selepas rendam kacang kuda semalaman, kacang tu saya rebus macam biasa dengan api sederhana selama 40minit. Selepas ditos, baru lah sesi menumis nya pulak. Uolls nak resipi ke? Mudah aje ni, style masak cara saya seadanya. Mungkin sedap pada selera saya, belum tentu sedap di selera anda. Kalau nak mencuba tu, silakan.

BAHAN-BAHANNYA :-D
1 cawan kacang kuda (direndam semalaman, dan direbus) 
1 tangkai daun kari, dilurut
3 biji cili kering, digunting serong. cuci dan toskan untuk buang biji
1 biji bawang merah, dihiris
1 ulas bawang putih, dihiris
1 sudu teh serbuk kari daging
1 sudu besar ikan bilis
garam dan gula secukup rasa 

CARA MEMBUATNYA :-D
 1. Panaskan satu sudu besar minyak zaitun. Tumiskan cili kering dan daun kari sehingga wangi, kemudian tumiskan bawang merah, putih dan ikan bilis sehingga kekuningan
2. Masukkan serbuk kari dan sedikit air, kacau rata sehingga pecah minyak. 
3. Masukkan kacang kuda yang sudah ditos, bersama sedikit air lagi. Gaul sebati sambil perasakan dengan gula dan garam.
4. Pastikan kacang kuda telah bersalut dengan rempah yang ditumis. Tutup api. Sedia untuk dimakan


Selamat Mencuba


p/s: menurut kajian, makan kacang kuda boleh menurunkan berat badan...ohh i love you lah kacang kuda!!  B-D



 

May 2, 2017

~ R.E.D.H.A. ~

 Salam sayang untuk semua...

Baru lepas membaca posting fb sahabat lama. Terkesima.
Sahabat kehilangan beg yang
berisi dokumen penting keluarga. Tak keruan sahabat dibuatnya. Melayang kekuatan jiwa dan akal katanya. Usai solat, sahabat pasrah berdoa. Kalau lah itu (kehilangan) yang terbaik untuk ku, aku redha. Kuasa ALLAH S.W.T yang Maha Mendengar,  beg yang hilang di 'kembali' juga kepada sahabat. Allahuakbar..


Terimbau beberapa insiden yang hampir sama berlaku. Pernah diuji sakit telinga yang sangattt teruk, hampir terjejas pendengaran. Bukan sehari dua menanggung sakit, berminggu minggu hampir mencecah bulan. Muak makan berulam ubat. Terkadang rasa seperti duduk di dalam gua, segala bunyi kedengaran bergema tapi terkedap.

Bila duduk, telinga berdengung, bila baring, kepala sakit. Serba tak kena rasanya. Sombong dan ego menguasai sabar yang kian menipis. Bukannya berzikir memuji kekuasaan ALLAH tapi omelan menyalahkan takdir jadi siulan umpama nyanyian tak berdendang

..Asyik asyik aku je yang sakit!!!! Mana lah nak tahan macam ni!!! 
Astaghfirullah. Ya ALLAH, ampunkan hamba Mu yang lemah ini :(:(



 Sampai lah suatu masa, bila ALLAH sesungguhnya menguji. Ditarik Nya seketika nikmat pendengaran yang dipinjamkan. Terasa ruang udara kosong sekosongnya, alam sekitar sunyi sesepinya. Perlahan kesedaran menyapa akal fikiran. Terbit keinsafan menyerah diri bermunajat kepada ALLAH..

Ya ALLAH, sekiranya nikmat pendengaran yang Kau pinjamkan ini 
Kau ambil semula, aku REDHA kerana Engkau yang Maha Mengetahui
 apa yang terbaik untuk ku..

Sebak rasanya bila mengenangkan kesukaran anak lelaki ku selama ini. Pendengaran kanannya terjejas dari usia bayi kerana serangan penyakit otitis media. Begini lah agaknya apa yang anak ku rasa. Walaupun hanya sebelah telinga yang terjejas, pendengarannya hanya sejarak 1m sahaja. Kesempurnaan nya dah tidak sama seperti dulu. Dia insan terpilih. Kekurangan pada diri nya adalah ujian untuk aku sabar, redha dan ikhlas menerima seadanya. Bukan menyalahkan takdir semahunya

Apabila kesedaran bangkit, keredhaan pun timbul. Pendengaran yang hilang, ALLAH pulihkan seperti sediakala. Alhamdulillah, terima kasih ALLAH!!!

Suffering is a gift. In it is hidden mercy, Masha Allah... :'(

Ada kalanya, bila kehidupan kita ditimpa ujian demi ujian. Akan sampai jua ke satu titik, di mana kita akan diam, redha dan pasrah untuk segalanya. Kita ikhlas menerima kerana lillahitaala. Tidak lagi mempersoalkan, kenapa ATAU untuk apa ujian itu diturunkan? ATAU mengapa aku yang diuji?

Rasulullah S.A.W pernah bersabda,

"REDHAILAH
segala sesuatu yang Allah bagi kepadamu
engkau pasti menjadi manusia yang paling
CUKUP"

(Diriwayatkan oleh Ahmad At-Tarmidzi)

Redha bukan bermakna tanpa tangisan tetapi adalah penerimaan tanpa persoalan terhadap apa yang telah ditentukan oleh ALLAH


p/s: Sabar dan redha kunci ketenangan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails